SK Padang Terap mendapat tempat ketiga Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2026
SK Padang Terap mendapat tempat ketiga Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2026 yang di adakan di SK Padang Terap pada 15 - 18 Jun 2026.
SK Padang Terap mendapat tempat ketiga Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2026 yang di adakan di SK Padang Terap pada 15 - 18 Jun 2026.
Nur Zahira Liyana Binti Zulhelmi muncul Juara Nyanyian Solo, Pertandingan Genta Suara Generasi Madani Peringkat Daerah Padang Terap 2026 pada 8 April 2026 bertempat di SMK Lubok Merbau.
Tahniah buat pasukan Bola Sepak Bawah 11 SK Padang Terap atas pencapaian Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B11 MSSD Padang Terap 2025.
Pasukan SK Padang terap tewas tipis kepada SK Pedu pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Mini Padang Terap.
Tahniah & terima kasih buat semua pemain, barisan jurulatih & pengurusan, para guru, para waris atas doa dan sokongan terhadap pasukan Bola Sepak SKPT.
Setelah 2 tahun berturut-turut menyandang gelaran naib johan, akhirnya detik manis itu tiba! Pada 1 Julai 2025, bertempat di SMK Pedu, pasukan bola jaring SK Padang Terap menggegarkan gelanggang dan muncul JUARA MSSD Bola Jaring Daerah Padang Terap! 🔥
Ini bukan sekadar kemenangan – ini adalah hasil semangat juang, latihan tanpa jemu, dan sokongan padu seluruh warga sekolah.
🌟 Tahniah buat pemain-pemain hebat yang telah menunjukkan aksi luar biasa dan semangat kesukanan yang tinggi!
🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat para guru pembimbing yang sabar membentuk disiplin dan strategi pasukan.
🌟 Tidak lupa kepada ibu bapa dan warga sekolah yang terus mendoakan dan memberi sokongan moral sepanjang kejohanan.
Kemenangan ini adalah lambang kesungguhan, disiplin dan kerja keras para pemain dan jurulatih!
Pasukan bola sepak B12 SKPT mendapat tempat ketiga Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2025. Tahniah buat pemain-pemain hebat SKPT & para jurulatih / pengurus yang komited.
Terima kasih juga atas sokongan padu dari guru-guru dan para waris SKPT serta seluruh warga SKPT.
Walaupun tidak berjaya mengekalkan kejuaran 2024, namun para jurulatih & pengurus tetap berbangga dengan pencapain tahun ini. Setiap pemain mempamerkan semangat juang yang tinggi serta aksi yang terbaik sepanjang kejohanan 2025.
InsyaAllah ...Team SKPT bangkit lebih bersemangat untuk tahun depan... we comeback stronger next year.
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP