Pentadbiran SKPT

Pentadbiran SKPT

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah ditubuhkan pada tahun 1913. Sekolah ini adalah sekolah yang tertua di daerah Padang Terap dan yang ketiga tertua di dalam negeri Kedah Darulaman. Pengasas sekolah ini yang dikenali sebagai Pak Wan Sulaiman ialah seorang ulama yang terkenal di daerah Padang Terap.

Pada masa itu, terdapat hanya empat orang tenaga pengajar sahaja dengan bilangan murid seramai 22 orang. Sekolah ini bermula dengan hanya sebuah bangunan sahaja dibina daripada kayu beratapkan daun rumbia dan bertingkapkan batang bertam. Bangunan ini telah didirikan oleh tentera British yang menjajah tanah Melayu ketika itu. Sistem pembelajaran pada ketika itu pelajar-pelajar hanya duduk bersila sambil menggunakan papan batu sebagai bahan alat untuk menulis.

Pada tahun 1959 sebuah lagi bangunan telah dibina oleh kerajaan Malaya pada ketika itu. Pada tahun 1977, bangunan dua tingkat pula dibina disebabkan bilangan pelajar yang bertambah. Bangunan ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad. Kini bangunan itu dikenali sebagai bangunan Abu Bakar As-Siddiq. Pada tahun 1989, bangunan tiga tingkat juga dibina dan dikenali sebagai bangunan Usman bin Affan.



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP