Wednesday, 17 October 2018
Thursday, 11 October 2018
Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018
Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :-
1. SK Mahkota Sari (Perak)
2. SK Jalan Pegoh (Perak)
3. SK Slim River (Perak)
4. SK Seri Kinta (Perak)
5. SK Taman Uda (Kedah)
6. SK Padang Terap (Kedah)
7. SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
8. SK Sena (Perlis)
9. SK Paya (Perlis)
10. SK Seri Tunjong (Perlis)
11. SK Sungai Dua (P. Pinang)
12. SK Bukit Rahman Putera (Selangor)
13. SK Seri Selangor (Selangor)
14. SK Sabak Uni (Johor)
15. SK Sultan Ismail 1 (Kelantan)
SK Padang Terap berjaya mengungguli kumpulan dengan 2 kemenangan dan 1 seri diperingkat kumpulan. Dengan mengumpul 7 mata SKPT layak ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Rahman Putera (Selangor) dan berjaya menundukkan SK Bukut Rahman Putera dengan jaringan 1-0.
Di peringkat Separuh akhir SKPT bertemu SK Bandar Puteri Jaya (kedah). SKPT ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tekanan dan asakan kepada pasukan SKBPJ namun gagal mendapatkan gol yang dicari-cari. Penentuan tempat ketiga SKPT menang dengan dengan SK Sabak Uni, Johor (3-0 menang percuma).
Keputusan semua perlawanan SKPT :
Peringkat Kumpulan :
SKPT 4 - 2 SK Seri Selangor (Selangor)
SKPT 2 - 1 SK Jalan Pegoh (Perak)
SKPT 1 - 1 SK Mahkota Sari (Perak)
Johan Group A : Mengumpul 7 Mata
Suku Akhir :
SKPT 1 - 0 SK Bukit Rahman Putra (Selangor)
Separuh Akhir :
SKPT 0 - 1 SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
Penentuan 3/4 :
SKPT 3 - 0 SK Sabak Uni (Johor)
(Menang percuma)
Tahniah buat semua pemain Skuad B11 SK Padang Terap dan terima kasih buat semua jurulatih yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada para pemain. Terima kasih juga buat Paksu Norman, Presiden KN Kiara Football Club atas sokongan dan sumbangan kepada Skuad B11 SKPT.
Dan terima kasih buat semua guru-guru dan PIBG serta para waris yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan skud B11 SKPT.
Pencapai tempat KETIGA peringkat kebangsaan ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT.
Labels:
Akademi Bola Sepak,
Bola Sepak
Monday, 24 September 2018
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM-YBR Peringkat Negeri Kedah 2018.
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH 1MURID 1SUKAN KPM-YBR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018.
Tarikh : 21 & 22 Sept 2018
Tempat: SK Padang Terap
Johan : SK Seri Jerai (KMY)
N.Johan: SK Taman Ria (KBB)
Ketiga : SK Anak anak Angkatan Tentera (KP)
Keempat: SK Bandar Puteri Jaya (KMY)
Tahniah kepada Pemenang dan semua pasukan yang bertanding. Terima kasih buat buat semua Urusetia, Guru SKPT dan semua pihak yang terlibat dalam mengelolakan dan melancarkan perjalanan program peringkat Negeri Kedah 2018.
Labels:
Bola Sepak
Tuesday, 18 September 2018
Kejohanan Bola Sepak 1Murid 1Sukan KPM-YBR Peringkat Negeri Kedah 2018
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia - Yayasan Bank Rakyat Peringkat Negeri Kedah 2018 akan diadakan pada 21 & 22 September 2018. Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah dipilih sebagai tuan rumah pada kejohanan peringkat Negeri untuk Tahun 2018. Seramai 16 buah pasukan sekolah dari 8 daerah bakal berentap merebut kejuaraan peringkat Negeri Kedah tahun 2018.
Read more...
Labels:
Bola Sepak
Monday, 17 September 2018
Perjumpaan Tuan Pegawai PPD Padang Terap bersama SLT & MLT TS25 SK Padang Terap
Perjumpaan bersama Tuan Pegawai PPD Padang Terap Tn Haji Ahmad bin Lateh bersama "Senior Leader Team" (SLT) & "Middle Leader Team" (MLT) TS25 SK Padang. Perjumpaan pada hari Rabu 5 September 2018 jam 12.30 Tengahari
Read more...
Sambutan Ambang Merdeka SK Padang Terap 2018
Sambutan Ambang merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan pada hari khamis 30 Ogos 2018 lalu. Pelbagai Aktiviti diadakan sepanjang sambutan tersebut, antaranya :-
- Majlis Bacaan Yassin
- Larian Jalur Gemilang
- Senamrobik bersama MILO
- Pertandingan Mewarna & Melukis
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
- Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka
- Pertandingan Pakaian Merdeka
Read more...
Labels:
Merdeka
Wednesday, 29 August 2018
Bengkel Pemantapan Penyediaan PINTAS & OPPM bagi Sekolah TS25 2018
Bengkel Pemantapan Penyediaan PINTAS & OPPM bagi Sekolah TS25 2018 telah diadakan pada :-
Tarikh : 15 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seminar 1, PPD Padang Terap
Semua SLT & MLT TS25 SK Padang Terap terlibat dalam bengkel ini
Read more...
Tarikh : 15 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seminar 1, PPD Padang Terap
Semua SLT & MLT TS25 SK Padang Terap terlibat dalam bengkel ini
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)

























