Tuesday, 24 November 2020

Video Kreatif PPDa BADRAN BADAR - Johan Peringkat Negeri Kedah 2020


Tahniah buat para pelakon & crew produksi drama BADRAN BADAR yang telah muncul Johan Pertandingan Video Kreatif Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2020.

Tahniah dan terima kasih buat Guru Pembimbing dan semua Guru dan Staf SKPT serta sokongan dari Pihak Waris & PIBG

Tema : Kemakmuran dan kesejahteraan bersama-sama bermula dari alam persekolahan

Read more...

Sunday, 22 November 2020

Jadual Pentaksiran Bilik Daerjah (PBD) Tahun 2020

PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHUN 2020 DI RUMAH MASING-MASING BAGI TAHAP 2

* Semua murid Tahun 4, 5 & 6 perlu menjawab SOALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2020.

* Murid menjawab soalan mengikut JADUAL yang diberikan.

* Modul Pentaksiran ini perlu dijawab SECARA KENDIRI oleh setiap murid di rumah masing-masing.

* Diminta semua waris Tahun 4, 5 & 6 untuk memastikan anak-anak menjawab Pentaksiran yang diberikan. 

Keperihatinan dan kerjasama semua waris amat diharapkan. Sekian terima kasih.

Read more...

JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH FASA 2/2020

JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) DI RUMAH FASA 2/2020 


Read more...

Wednesday, 7 October 2020

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

 

Ramai antara ibu bapa kurang menyedari akan insuran perlindungan yang diperuntukkan kepada anak mereka yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sekiranya anda mengetahui, tahukah berapa jumlah amaun sebenarnya bayaran insuran tahunan kepada anak anda?. Apakah jenis skop perlindungan yang diberikan? bagaimana cara anda untuk menuntut insuran tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini misalnya kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal pada tubuh badan?. Oleh itu, kami dengan berbesar hati akan berkongsi kepada anda mengenai perlindungan insurans yang diperuntukkan oleh kerajaan ini.

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) diperkenalkan oleh kerajaan dan perlindungan ini dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) melalui Bahagian Kewangan Kementerian itu terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd. Perlindungan insuran ini diberikan kepada pelajar bermula daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam (6).

Tempoh perlindungan adalah selama mana pelajar tersebut belajar di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan dengan bayaran tahunan bagi setiap pelajar adalah RM1.50 manakala bagi pelajar luar negara adalah RM1.60 (termasuk GST). Bagi pelajar luar negara, mereka harus membayar sendiri perlindungan insurans tersebut bersama-sama dengan yuran pengajian ketika mendaftar. Disamping itu, skim perlindungan ini merangkumi tempoh 24 jam dan meliputi seluruh dunia. Jadi sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ketika pelajar berada di luar negara, perlindungan insurans tetap akan diberikan kepada mereka.

 Berikut merupakan jumlah amaun yang diberikan sekiranya berlaku kecelakaan yang tidak diingini :


Read more...

Kempen Sayangi Buku Teks

 


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS SK PADANG TERAP
- Jangan hilangkan Buku Teks
- Jom balut Buku Teks
- Jangan koyakkan Buku Teks
- Jangan conteng Buku Teks
- Jangan tinggal Buku Teks di merata tempat
- Cintai Buku Teks
- Sayangi Buku Teks
- Buku Teks sumber ilmu


Read more...

Monday, 20 July 2020

Jadual guru bertugas mingguan Pasca Pembelajaran PKP 2020

Jadual Guru bertugas mingguan
Pasca Pembelajaran PKP 2020
(Bulan Julai - Disember 2020)



Read more...

Thursday, 16 July 2020

Menggunakan QR Code untuk Catat Suhu Badan Murid SKPT



Garis Paduan Pasca Pembelajaran PKP 2020 mulai 15 Julai 2020 (Rabu) bagi murid Tahun 5 & 6. Bagi mematuhi SOP yang disediakan pihak sekolah mengambil Inisitif untuk menggunakan QR Code bagi mencatat suhu badan murid setiap hari. 

Semua murid diberikan QR CODE PERIBADI (dicetak & limInate) yang digantung pada beg sekolah setiap murid. Pihak sekolah hanya perlu saring suhu badan murid dan mengimbas QR CODE PERIBADI menggunakan Telefon Pintar Masing-masing. Guru hanya memasukkan SUHU BADAN MURID sahaja melalui aplikasi tersebut.

Garis Panduan Pasca Pembelajaran PKP 2020. Untuk muat turun sila klik ke 

Read more...

Tuesday, 14 July 2020

GARIS PANDUAN PASCA PEMBELAJARAN PKP

GARIS PANDUAN PASCA PEMBELAJARAN PKP

SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 5 & 6 (Mulai 15 JULAI 2020)
TAHUN 1 – 4 (Mulai 22 JULAI 2020)


Muat turun dalam format PDF sila klik ke


Read more...

Thursday, 9 July 2020

Toturial Cara Membuat QR CODE untuk RPT & DSKP

Read more...

Wednesday, 10 June 2020

Toturial Ringkas Pengunaan Google Drive

Read more...

Monday, 8 June 2020

Enrolmen Murid & Guru 2020 (8 Jun 2020)

(Data update : 8 Jun 2020)

Read more...

Friday, 22 May 2020

Salam Aidilfitri SKPT 2020




Read more...

Saturday, 16 May 2020

Selamat Hari Guru : "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

 Selamat Hari Guru buat semua rakan guru seluruh Malaysia...
Bersama kita menangani & memutuskan Penularan Covid-19...
#DudukRumah

Read more...

Tuesday, 5 May 2020

Jadual Waktu Online Semasa PKP SKPT 2020


Semua guru akan memberi tugasan kepada murid secara online mengikut jadual yang ditetapkan

Read more...

Thursday, 19 March 2020

Kejohanan Olahraga SK Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Kejohanan dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.

Rumah KUNING muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2020 dengan pungutan 21 Pingat Emas, 14 Perak & 10 Gangsa, manakala Rumah MERAH selaku Juara Bertahan 2019 menduduki tempat Ke-2 Keseluruhan tahun 2020.
Olahragawan 2020 ~ Muhammad hazim
Olahragawati 2020 ~ Qaseh Damia bt Mahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2020 ~ 
Olahragawati Harapan 2020 ~ 


Read more...

Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2020

Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2020
Tarikh : 09 Februari 2020
Hari : Ahad
Perasmian oleh : En Zahir Zainuddin ( YDP PIBG SKPT)
Tetamu jemputan : Pn Rosimah Saad(Pegawai PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah)

Read more...

Kontijen Olahraga SKPT Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020

Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa. 

Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.

Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.
 
\


Read more...

SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2020

Pasukan Merentas Desa SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 29 Januari 2020 di SMK Lubok Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mengumpul 81 Mata sekaligus berjaya memintas pencabar terdekat SK Tunku Abdul Rahman Putra di tempat ke-2.

Kategori Individu Perempuan (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 4 10 ,14 & 16, manakala bagi kategori Individu Lelaki (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 13, 17, 21 & 41.

Tahniah buat semua Atlit SKPT dan Jurulatih Merentas Desa serta pengurusan Kontijen Merentas Desa SKPT 2020

Senarai Pemenang Kategori Perempuan :-
No. 3 = Nurfarah Alyaa 
No. 4 = Siti Sofea
No 10 = Nur Ain Afishah
No. 14 = Nur Amalina
No 16 = Nurin Izazi 

Senarai Pemenang Kategori Lelaki :-
No. 3 = Kausar Idris 
No. 13 = Muhammad Aidil Safuan
No 17 = MuhamadMustaqim
No. 21 = Ahmad Syakib Zuhair
No 41 = Basyar b Ismail

Read more...

Thursday, 2 January 2020

Enrolmen Murid SKPT 2020 (Data : 05.01.2020)

QR CODE ENROLMEN MURID 2020



Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP