Tuesday 27 December 2016

e-Kalender SKPT 2017

Untuk Muat turun e-Kalender SKPT 2017 dalam format PDF sila klik ke 

















Read more...

Tuesday 20 December 2016

Baju Pendidikan Jasmani SK Padang Terap mulai 2017


Untuk sesi 2017 SK Padang Terap membuat baju Pendidikan Jasmani yang baru yang lebih berkualiti dan lebih ceria, di mana menggunakan kombinasi 3 warna iaitu Merah, Putih & Hijau. Kombinasi warna ini adalah berdasarkan warna bendera SK Padang Terap.

Material Kain baju Pendidikan Jasmani SKPT adalah Microfiber (Kain Jersi). Kain microfiber lebih terang dan ketahanan warna lebih lama untuk jangka masa yang lebih lama, berbanding Kain Cotton (TC) yang mudah luntur warna.

Baju Pendidikan Jasmani akan dijual Kedai Buku mulai 2 Januari 2017. Harga Lengan Pendek adalah RM18.00 manakala RM20.00 bagi lengan panjang.



Manakala Kedai Buku juga menjual Seluar Track Bottom berwarna Biru Gelap bercetakan SKPT di bahagian paha kanan seluar. Seluar track ini dijual kepada berminat dan boleh dapatkan di Kedai Buku Sekolah. Seluar ini hanya 100 helai sahaja untuk peringkat permulaan. Harga akan dimaklum kemudian.

Read more...

Tuesday 29 November 2016

Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1 2017


Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1 2017 SK Padang Terap
Tarikh : 29 Disember 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi

Read more...

Tuesday 22 November 2016

Majlis Ukhwah Silaturahim Jamuan Akhir Tahun & Jamuan Perpisahan 2016

Majlis Ukhwah Silaturahim Jamuan Akhir Tahun & Jamuan Perpisahan 2016 anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staf SKPT telah diadakan pada 21 November 2016 (Isnin) bertempat di Hotel Sri Malaysia, Alor Setar.





 

Read more...

Sunday 20 November 2016

Keputusan UPSR 2016



Seramai 77 calon memduduki peperiksaan UPSR Tahun 2016.  Seramai 3 orang murid mendapat pencapaian terbaik 4A 2B & Seorang mendapat 4A 1B 1 C. 

Keputusan UPSR SKPT 2016 :
Gred Purata Sekolah (GPS) = 3.12
Peratus Lulus = 66.23% (51 Calon)

Setiap Mata Pelajaran :-
B.M Pemahaman : Peratus = 93.5%,  GPMP = 2.53
(A=17, B=26, C=15, D=14, E=5)

B.M Penulisan : Peratus = 92.2%, GPMP = 2.44
(A=19, B=27, C=15, D=10, E=6)

B.I Pemahaman : Peratus = 77.9%, GPMP = 3.35
(A=5, B=16, C=20, D=19, E=17)

B.I Penulisan : Peratus =76.6%, GPMP = 3.84
(A=1,, B=6, C=15, D=37, E=18)

Matematik : Peratus = 67.5%, GPMP = 3.73
(A=2, B=14, C=12, D=24, E=25)

Sains : Peratus = 93.5%, GPMP = 2.84
(A=4, B=26, C=30, D=12, E=5)





Read more...

Friday 18 November 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2016 telah diadakan pada 16 November (Rabu) yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Ahmad Kamel bin Abdul Munin, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia. Turut hadir adalah En.Moh Tajudin bin Megat Yusof Penyelian Pembangunan PPD Padang Terap.






Read more...

Monday 14 November 2016

Karnival Pendidikan Khas Daerah Padang Terap 2016


Karnival Pendidikan Khas Peringkat Daerah Padang Terap telah diadakan pada 12 November 2016, bertempat di SK Kurong Hitam.

SK Padang Terap telah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan congkak dan juga menjadi Johan dalam Pertandingan Uji Minda (berpasangan). Tahniah buat guru-guru pendidikan khas dan semua murid yang terlibat.



Read more...

Monday 7 November 2016

Pasukan Bola Sepak B10 SKPT mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak B10 MSSD Padang Terap 2016

 

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 6 & 7 November 2016 bertempat di SK Kurong Hitam & SK Seri Bakti. 

Diperingakat kumpulan SKPT seri 1-1 dengan SK Kuala Nerang & Seri 0-0 dengan SK Lubuk Merbau dan berjaya layak ke Suku Akhir. Di peringkat suku akhir SKPT berjaya menewaskan SK Kurong Hitam 3-1 melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan seri 0-0 selepas tambahan masa.

Pasukan Bola Sepak SKPT gagal layak ke perlawanan akhir setelah tewas 3-0 diperingkat separuh akhir kepada SK Tandop besar. Tahniah buat jurulatih & pemain bola sepak B10 kerana berjaya mendapat tempat ketiga Kejohanan Bola Sepak B10 MSSD Padang Terap 2016.





Read more...

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang

 

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang ini telah diadakan pada 2 & 3 November 2016 bertempat di SMK Dato' Syed Ahmad. Program ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan DUN Kuala Nerang.

Nur Arisya Afza binti Dzulkefli dari tahun 3 Kasih telah muncul Pertandingan Bercerita Tahap 1, manakala Muhammad Syahmi Najwan bin Mohamad Najib (5 Setia) telah mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya serta guru-guru pengiring yag terlibat.



Read more...

Sunday 16 October 2016

Brosur SK Padang Terap 2016



Read more...

Tuesday 11 October 2016

Dashboard SK Padang Terap, Gelombang Ke 2 (2016 - 2020)


Read more...

Sunday 9 October 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah dijayakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu). Semua Guru dan Staf serta murid tahap 2 terlibat dalam sambutan pada tahun ini. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah aktiviti senamrobik, Permainan Sukaneka dan Pertandingan Bola Sepak.

Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah di sempurnakan oleh GPK Kurikulum Pn Amizah bt Ahmad




Skuad B11 SKPT Muncul Johan Bola Sepak Hari Sukan Negara 2016


Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP