Showing posts with label Ko-Akademik. Show all posts
Showing posts with label Ko-Akademik. Show all posts

Friday, 28 April 2017

Nur Aina Kharuzaman mendapat tempat ketiga Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Nur Aina Kharuzaman telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori perempuan bawah 12 tahun di Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan peringkat daerah tahun 2017 telah diadakan pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di SMA Daril Iktisam.
Tahniah dan terima kasih kepada Jurulatih Catur En. Hazlin dan pihak pengurusan pasukan catur 2017.

Senarai Murid yang terlibat dalam Pertandingan Catur MSSD 2017
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias

Read more...

Saturday, 8 April 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017 telah diadakan pada 8 April 2017 bertempat di SK Panglima Awang.

Akmal Haikal telah berjaya merangkul tempat kedua bagi Tilawah Al-Quran Lelaki & Nur Anisa bt Ahmad Sanusi berjaya mendapat tempat ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan. Tahniah buat semua murid & guru yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) Peringkat Daerah Padang Terap 2017.



Read more...

Monday, 14 November 2016

Karnival Pendidikan Khas Daerah Padang Terap 2016


Karnival Pendidikan Khas Peringkat Daerah Padang Terap telah diadakan pada 12 November 2016, bertempat di SK Kurong Hitam.

SK Padang Terap telah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan congkak dan juga menjadi Johan dalam Pertandingan Uji Minda (berpasangan). Tahniah buat guru-guru pendidikan khas dan semua murid yang terlibat.



Read more...

Monday, 7 November 2016

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang

 

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang ini telah diadakan pada 2 & 3 November 2016 bertempat di SMK Dato' Syed Ahmad. Program ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan DUN Kuala Nerang.

Nur Arisya Afza binti Dzulkefli dari tahun 3 Kasih telah muncul Pertandingan Bercerita Tahap 1, manakala Muhammad Syahmi Najwan bin Mohamad Najib (5 Setia) telah mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya serta guru-guru pengiring yag terlibat.



Read more...

Sunday, 24 July 2016

Nur Aina bt Kharuzaman mendapat tempat Kelima dalam Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016


Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di SABK Daril Iktisam. SK Padang Terap menghantar wakil 4 orang murid dari tahun 5 untuk menyertai pertandingan pada tahun ini. Tahiah buat Nur Aina bt Kharuzaman kerana telah mendapat Tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

Senarai Murid yang mewakili sekolah dalam Pertandingan Catur 2016
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias

Read more...

Friday, 27 May 2016

Karnival Bahasa Peringkat Negeri Kedah 2016


Karnival Bahasa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2016 telah berlansung pada 25 Mei 2016 (Rabu) bertempat di SMK Bandar Baru Sintok, Kubang Pasu.

Dua orang murid SK Padang Terap terpilih mewakili Daerah Padang Terap iaitu Nuraznain Shiroh binti Mohd Noor (Tahun 6 Setia) dalam Pertandingan Story Telling (Tahap 2) dan Nur Arisya Afza binti Dzulkefli (Tahun 3 Kasih) dalam Pertandingan Bercerita (Tahap 1). 

Read more...

Wednesday, 18 May 2016

Nuraznain Shiroh JOHAN Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016


Tahniah buat Nuraznain Shiroh binti Mohd Noor (Tahun 6 Setia) kerana telah muncul Johan Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan diadakan pada 18 Mei 2016 (Rabu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.
Tahniah buat Teacher Norlida & Guru-guru yang terlibat, semoga SK Padang Terap terus cemerlang.



Read more...

Thursday, 12 May 2016

Nur Arisya Afza Johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016.


Tahniah buat Nur Arisya Afza binti Dzulkefli yang telah muncul Johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan tersebut diadakan pada 11 Mac 2016 bertempat di SK Kurong Hitam. Tahniah juga buat Jurulatih Pn Fazilah & Pn. Suzana serta guru-guru yang terlibat. Pihak Sekolah harap persembahan dapat dipertingkatkan lagi bagi mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri nanti.


Read more...

Saturday, 9 April 2016

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap 2016

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap 2016 telah dijayakan pada 9 April 2016 bertempat di SMK Kuala Nerang. 


Mohd Akmal Haikal bin Mohd Fadzil muncul Naib Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki) Sekolah Rendah.

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP