Thursday 24 May 2018

Gambar Warga SKPT 2018

Gambar Guru & Staf SK Padang Terap 2018

 
 
 Gambar Guru-guru SPI / KAFA 2018

Read more...

Thursday 10 May 2018

Pasukan Bola Sepak SKPT berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018

Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018 telah diadakan pada 25, 26 & 27 April 2018 bertempat di Padang SK Padang Terap. Pasukan SK Padang Terap berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata. Diperingkat Suku Akhir SKPT berjaya menewaskan SK Lubuk Merbau  1-0. Di peringkat Separuh Akhir SKPT tewas kepada SKTARP 1-0.

Tahniah buat Semua Jurulatih dan pemain bola sepak SK Padang Terap atas kejayaan ini. Pasakan SKPT tahun ini berjaya mempamerkan mutu permainan yang amat baik, cuma masih belum ada rezeki untuk ke final. Semoga momentum kecemerlangan ini diteruskan lagi untuk tahun mendatang.
 
 
 


Read more...

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018. Kejohanan tahun ini di adakan pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu. Pasukan SKPT berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 12 mata.

Pasukan SKPT berjaya menundukan Pasukan SKTARP diperingkat Suku Akhir dan tewas kepada SK Datin Fatimah di separuh Akhir. Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam membentuk pasukan bola jaring yang mantaop 2018.
 


Read more...

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas 1M1S Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2018

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas 1M1S Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2018 telah dijayakan pada 12 & 18 April 2018. Pertandingan dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum SKPT.

Penglibatan Murid : Semua Murid Lelaki Tahun 3, 4, 5 & 6
Masa pertandingan : 3.30 ptg - 7.00 ptg

JOHAN TAHUN 5 : 5 SETIA
JOHAN TAHUN 6 : 6 KASIH

KATEGORI TAHUN 3/4
JOHAN : 4 SETIA
N.JOHAN : 4 KASIH

KATEGORI TAHUN 5/6 (KESELURUHAN)
JOHAN : 6 SETIA
N.JOHAN : 6 KASIH

Read more...

Pasukan SK Padang Terap muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap 2018

Pasukan SK Padang Terap muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap 2018 setelah menundukan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di perlawanan akhir pagi tadi. Pasukan SK Padang Terap menang penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa permainan tamat.

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap ini dikelolakan oleh SRCC Padang Terap & Kelab Bolasepak KN Kiara, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Kejohanan diadakan pada 19 & 20 April 2018 bertempat di Padang SK Padang Terap.

Keputusan :
JOHAN : SK PADANG TERAP
NAIB JOHAN : SK TUNKU ABDUL RAHMAN PURA
KETIGA : SK KURONG HITAM
KEEMPAT : SK LUBUK MERBAU (B)
 
 


 

Read more...

Tuesday 1 May 2018

KURSUS PEMIMPIN MUDA SKPT 2018

Kursus Pemimpin Muda SKPT 2018 telah dijalankan pada :-
Tarikh : 07 April 2018
Hari. : Sabtu
Masa. : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Penceramah : 
En Mohammad Yadzni bin Majid 
(PK Ko Kurikulum Sk Bukit Tangga, Changlon)

Program ini melibatkan pengawas sekolah, pengawas PSS, Rakan PRS serta pemimpin Kelab Persatuan dan Badan Beruniform sekolah.
 
 

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 SK Padang Terap 2018

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Padang Terap kali ke-42 tahun 2018 telah diadakan pada Hari rabu jam 2.00 petang 28 Mac 2018 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Tn Haji Badrunsham bin Dahalan @ Omar, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Kedah, yang mewakili Dato Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

 
 
 

Read more...

Majlis Persaraan Ustazah Sofiah bt Abu Bakar

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, sempena persaraan Ustazah Sofiah bt Abu Bakar diadakan pada 14 Mac 2018 (Rabu) lalu. Ustazah bersara rasminya pada tarikh 20 Mac 2018.
Selamat bersara buat Ustazah Sofiah.. Jasa dan pengorbananmu tetap disanjungi.
 
 
 
 
 

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP