Wednesday 29 August 2018

Bengkel Pemantapan Penyediaan PINTAS & OPPM bagi Sekolah TS25 2018

Bengkel Pemantapan Penyediaan PINTAS & OPPM bagi Sekolah TS25 2018 telah diadakan pada :-
Tarikh : 15 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seminar 1, PPD Padang Terap

Semua SLT & MLT TS25 SK Padang Terap terlibat dalam bengkel ini

Read more...

Wednesday 15 August 2018

Bengkel Penyediaan PINTAS & OPPM TS25 peringkat sekolah

Bengkel Penyediaan PINTAS & OPPM TS25 peringkat sekolah diadakan pada
Tarikh : 14 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Terap.

Semua SLT dan MLT terlibat dalam bengkel ini

Read more...

Senarai MLT TS25 SK Padang Terap (Middle Leader Team)

Senarai Senior Leader Team (SLT) SK Padang Terap :-
2. Puan Hajjah Amizah binti Ahmad (PK Kurikulum)
3. En. Mohamed Faisal bin Abdullah (PK Kokurikulum)

Senarai nama Middle Leader Team (MLT) SK Padang Terap :-
1. Puan Norlida bt. Ibrahim - B.Iinggeris
2. Puan Mas Ayu bt Md. Salleh - B. Melayu
4. En. Nor Azmi bin Mohd Noor - Matematik
6. Pn. Siti Amla bt. Abdullah - Pendidikan Seni
7. Pn. Siti Rogayah bt. Abu Bakar - Bahasa Arab
9. Haji Ahmad Sanusi bin Yaakob - Pendidikan Islam
11. Puan Yuslina bt. Jusoh - Muzik
13. Puan Salbiah bt. Ab.Rahman - SU Peperiksaan
15. Puan Noriza bt. Mohd Yusof - Kaunseling

Read more...

Wednesday 8 August 2018

Peta I-Think

Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta Pemikiran dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
Terdiri I-Think daripada 8 
1. Peta Bulatan (The Circle Map) 
2. Peta Buih (The Bubble Map) 
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map) 
4. Peta Pokok (The Tree Map) 
5. Peta Dakap (The Brace Map) 
6. Peta Alir (The Flow Map) 
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map) 
8. Peta Titi (The Bridge Map)
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Read more...

Tuesday 7 August 2018

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susunatur dan keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancangan mengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21. Di sini dikongsikan 10 contoh aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk pembelajaran abad 21.

http://www.cikguhailmi.com

Read more...

Taklimat kepada Middle Leader Team (MLT) Program Tranformasi Sekolah 2025

Taklimat kepada Middle Leader Team (MLT) Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25) Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan pada :-
Tarikh : 06 Ogos 2018 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Lestari SKPT

Taklimat disampaikan oleh Tuan Guru Besar Mohamad Rosli bin Abdul Rahman dan Pn Amizah Ahmad (PK Pentadbiran)
Barisan Middle Leader Team (MLT) TS25 SK Padang Terap 2018

Perlantikan Middle Leader Team (MLT) TS 25 SK Padang Terap 2018 disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohamad Rosli bin Abdul Rahman pada 5 Ogos 2018.

Read more...

Taklimat Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25) - 30 Julai 2018

Taklimat Program Tranformasi Sekolah 2015 (TS25) kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan pada :-
Tarikh : 30Julai 2018 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPT
Taklimat disampaikan Oleh Tn Guru Besar En Rosli bin Abdul Rahman dan Pn Hjh Amizah Ahmad (PK Kurikulum).

Read more...

Himpunan Kaedah Pembelajaran Abad 21


STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick
        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-
        gilir
·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
·       Pelajar 3 :  jawab soalan
·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle
-  Cari pasangan
-  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
-  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
-  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
-  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
-  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
-  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine
·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 
      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan olehPelajar 1
·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different
·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
·       Kemudian mereka bandingkan jawapan
·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin
·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin
·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table
·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table
·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table
·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think
·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips
·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12. Jigsaw Problem Solving
·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem
·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share
·       Ahli pasukan berdiri
·       Guru/rakan lain memberi soalan
·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain

16. Find the Fib/Guess the Fib
·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups
·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations
·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane
·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown
·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

21.  Lyrical Lessons
·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share
·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
·       Kemudian tukar peranan

23. Stir- the- Class
·       Pasukan duduk dalam bulatan
·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya

24. Team Word-Web
·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport
·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group
·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share
·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29. Roam the Room
·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour
·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay
·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review
·       Pasukan bincang topic
·       Buat carta/pengurusan grafik
·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu
·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn
·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols
·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements
·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?
·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share
·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File
·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview
·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project
·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines
·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

42.  Find-Someone-Who
·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

43. Rotating Review
·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview
·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan
·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction
·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·       Fasilitator beri ransangan
·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

https://www.pendidik2u.my

Read more...

Taklimat Program Tranformasi Sekolah 2015 (TS25) - 4 April 2018

Taklimat Tranformasi Sekolah 2015 (TS25) kepada semua guru telah diadakan pada 4 April 2018 (Rabu) pada jam 2.00 petang.

Taklimat disampaikankan oleh :-
1- En Mohamad Rosli bin Abd Rahman (Guru Besar)
2- Pn Hjh Amizah Ahmad (PK Pentadbiran )
3- Pn Noorhayati Saad ( SISC+ PPD PT)

Read more...

Pelancaran Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25) Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS26) peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan pada :-
Tarikh : 8 April 2018 (Ahad)
Tempat : Dewan Perdana SKPT 
Disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Terap iaitu En Mohamad Rosli bin Abdul Rahman.

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP