Sunday 31 October 2021

Mesyuarat Agung PIBG SKPT kali ke-44 Tahun 2021

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah di laksanakan pada 24 Oktober 2021 (Ahad) jam 2.30 petang. Mesyuarat pada Tahun ini dijalankan secara Google Meet di kediaman masing-masing. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En Mohamad Zahir bin Zainuddin.





Read more...

Lawatan Ketua Jemaah Nazir Negeri Kedah (Operasi Tinjauan Sekolah) ke SKPT

 

Pada 22 Oktober 2021 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah dikunjungi oleh Tn Haji Abdul Rashid, iaitu Ketua Jemaah Nazir Negeri Kedah bagi Operasi Tinjauan Sekolah (OTS). 

Read more...

Video Pendek "Jangan Tapau Cita-citaku" muncul Naib Johan Peringkat Negeri Kedah 2021

Tahniah buat Guru dan murid yang terlibat dalam pembikinan Video Pendek kempen pengambilan air kosong. Video Pendek berjudul Jangan Tapau Cita-citaku yang bertemakan Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah, telah muncul sebagai NAIB JOHAN peringkat Negeri Kedah 2021. Video ini dicalonkan untuk mewakili Negeri Kedah keperingkat kebangsaan.

Video pendek berdurasi 3 minit ini mengisahkan tiga orang anak muda Hajid, Danish & Azriei yang sangat berminat dalam sukan bola sepak dan bercita-cita tinggi  untuk menjadi seorang bintang bola sepak suatu hari nanti. Mereka sering menjalani latihan bola sepak bersama-sama dan sentiasa mengamalkan pengambilan air kosong, Azriel tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat, di mana dia amat gemar minuman berkarbonat setiap kali sesi latihan bola sepak.

Lakonan :
Muhammad Hajid bin Khairi (Hajid)
Azriel Zafran bin Aziyusnizam (Azriel)
Muhammad Danish Iqram bin Shahril (Danish)
En Mohamed Faisal bin Abdullah (Coach)

Skrip, Suntingan & Arahan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP