Showing posts with label Pencapaian Sukan. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian Sukan. Show all posts

Wednesday, 26 December 2018

Penyertaan & Pencapaian Sukan dan Kokurikulum SKPT 2018

Tahun 2018 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak menyertai pelbagai aktiviti dalam kejohanan peringkat Daerah Padang Terap dan Kebangsaan, serta berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2017. Antaranya adalah :-

1. KONTIJEN OLAHRAGA berjaya mendapat tempat KETIGA KESELURUHAN dengan mengutip 3 pingat Emas & 5 Pingat Perak dan 1 gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2018 pada 11 – 13 Mac 2018 sertempat di Stadium Darul Aman.

2. PASUKAN BOLA SEPAK B11 SKPT mendapat tempat KETIGA KEBANGSAAN di Kejohanan “MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP” Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018. Kejohan berlansung pada 7, 8 & 9 Oktober 2018 bertempat di SK Mahkota Sari, Gerik Perak.

3. PASUKAN BOLA SEPAK B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 25 – 27 April 2018 bertempat di SK Padang Terap.

4. PASUKAN BOLA SEPAK B10 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun MSSD Padang Terap 2018 pada 19 November 2018 bertempat di SK Padang Terap.

5. PASUKAN BOLA JARING B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Jaring B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu.

6. PASUKAN BOLA SEPAK TAHUN 6 muncul NAIB JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018 bertempat di SK Padang Terap.

7. PASUKAN BOLA JARING TAHUN 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018  bertempat di SK Padang Terap.

8. PASUKAN MERENTAS DESA SKPT mendapat tempat ke-9 individu lelaki (Hisyamrul Nizam) di  Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2018 pada 27 Januari 2018 bertempat di SK Kampung Belukar.

9. PASUKAN BOLA BALING B12 (PEREMPUAN) berjaya keperingkat Suku Akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Padang Terap 2018, bertempat di Sena Sport Pokok Sena.

10. AQEEDA (6 SETIA) berjaya mendapat tempat Kedua Pertandingan Story Telling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padang Terap 2018.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan sepanjang tahun 2018 adalah :-

1. KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018 pada 18 januari 2018

2. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2018 PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-42 2018 pada 22 Februari 2018

3. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 TAHUN 2018 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018, pada 19 November 2018 (isnin).

4. Menganjurkan PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS Peringkat Sekolah 2018, pada 12 & 18 April 2018.

5. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD PADANG TERAP 2018.
Pada 25 – 27 April 2018. 

6. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018.
Tarikh : 17 & 18 Ogos 2018

7. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2018.
Tarikh : 21 & 22 September 2018, bertempat di SK Padang Terap

8. SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018 diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu)

9. Menganjurkan & mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING, KARNIVAL SUKAN TAHUN 6 PERINGKAT PADANG TERAP 2018 – 14 Oktober 2018.

10. HARI KELUARGA “EAT RIGHT TO PLAY RIGHT” ONE GOAL & ZURICH
KOMUNITI SK PADANG TERAP 2018, pada 27 Oktober 2018 (Sabtu)

11. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPT 2018, dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin, YDP PIBG SK Padang Terap. Majlis diadakan pada 13 November 2018

12. MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH, sempena persaraan Guru-Guru SKPT
Tarikh : 14 Mac 2018 - Puan Sofiah bt Abdullah
Tarikh : 31 mei 2018 - Hj Ahmad Ruslan B Abd Rahim & Pn Faridah bt Ismail
Tarikh : 21 November 2018 – Puan Noorain bt Abdullah

13. MALAM SANJUNGAN BUDI,ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN & KOKURIKULUM, ANUGERAH HEM & NILAM 2018. Majlis dirasmikan oleh En Omar bin Eting Penolong PPD HEM. Majlis diadakan pada 21 November 2018 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa artis dari Persatuan Seniman Malaysia, antaranya Wan Maimunah, Kay Maria, Alina Hassan (Mentor Otai), Mamarina (AF), Zuraini Kasim dll.







Read more...

Tuesday, 5 December 2017

Rumusan Penyertaan dan Pencapaian Sukan & Kokurikulum SKPT 2017

Tahun 2017 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan dan dikelolakan oleh unit Kokurikulum SKPT. Penyertaan Sekolah Kebangsaan Padang Terap di peringkat MSSD Padang Terap juga banyak pencapaian yang memberangsangkan berbanding tahun 2016.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKPT sepanjang tahun 2017 adalah :-
1. Mewujudkan Wall Of Champion & Majlis Pelancaran Wall Of Champion oleh Ikon Sukan SKPT Roslinda Samsu (Atlit Lompat Bergalah Kebangsaan) - 2 Mac 2017.
2. Mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT hasil kerjasama dengan JKKK Kg Padang Nyior serta sumbangan KN Kiara Enterprise - 30 Julai 2017
3. Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim (ADUN Kuala Nerang, Exco Kerajaan Negeri Kedah) - 20 Ogos 2017
4. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring, Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap - 27 & 28 September 2017.
5. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017. Anjura bersama Pejabat Parlimen Padang Terap & Akademi B12 Padang Terap. - 26 November 2017.
6. Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah kali ke-41 2017 pada 23 Februari 2017
7. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017, dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, Datuk Bandar Alor Setar. Y.Bhg Datuk juga menyumbangkan Wang Tunai RM5,000.00 dan meluluskan sumbangan menyediakan Gelang Serbaguna Terbuka untuk aktiviti sukan sekolah.
8. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKPT 2017. - 14 - 16 November 2017

Pelancaran Wall Of Champion oleh Roslinda Samsu

Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim


Bergambar bersama Y.Bhg Datuk Haji Mohd. Zohdi Haji Saad selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017.



Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak penyertaan dalam kejohanan peringkat MSSD Padang Terap dan berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2016. Antaranya adalah :-
1. Kontijen Olahraga berjaya mengutip 1 pingat Emas & 2 Pingat Perak di Kejohanan Balapan & Padang MSSD Paang Terap 2017 pada 6 - 8 Mac 2017 sertempat di Stadium Darul Aman.
2. Amer Nazif berjaya Muncul JOHAN Tenpin Boling di Kejohanan Tenpin Boling MSSD Padang Terap 2017 Kategori Individu Lelaki, pada 26 April 2017 bertempat di Aman Bowl Aman Central.
3. Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
4. Pasukan Bola Jaring Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
5. Pasukan Ping Pong (Lelaki) berjaya mendapat Tempat Kedua Berpasukan & Ketiga Individu (L) di Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2017 pada 6 & 7 Februari 2017 bertempat di SMK Pedu.
5. Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Junior) telah berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala YDP PIBG Sultan Ahmad Tajudin 2017 pada 23 September 2017.


 Kontijen Olahraga SKPT 2017 berjaya rangkul 1 Pingat Emas & 2 Pingat Perak.

Amer Nazif Johan Tenpin Boling Individu

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017


Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Jr) mendapat tempat ketiga Bola Sepak Terbuka Zon Utara.

6 Orang Murid & 2 orang guru pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap 2017.

Unit Kokurikum SKPT dan Pihak Sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam aktiviti Sukan & Kokurikulum SK Padang Terap 2017. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama SK Padang Terap. Semoga Berkat Komitmen Semua Guru dan kerjasama PIBG, Para Waris, JKKK Kg Padang Nyior dan semua pihak, diharap SK Padang Terap menjadi lebih cemerlang dalam sukan & kokurikulum dan menjadi sebuah sekolah yang digeruni oleh pihak lawan pada tahun mendatang.

Harapan saya Selaku Penolong Kanan Kokurikulum, semoga SK Padang Terap menjadi sebuah Sekolah yang CEMERLANG dalam Bidang Akademik dan Bidang Sukan di masa akan datang.

SKPT Boleh!!

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP