Sunday 19 March 2017

Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Terap kali ke-41 2017


Semua Ibu Bapa di jemput hadir bagi menjayakan serta melancarkan perjalanan Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Terap kali ke-41 Tahun 2017

Read more...

Wednesday 15 March 2017

Ukuran Padang Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling & Trek Olahraga

Kemudahan padang serta keluasan padang adalah satu kemudahan yang perlu ada di sekolah bagi kegunaan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Bagi guru-guru sukan keluasan padang yang sesuai serta keadaan padang yang rata, merupakan suatu perkara yang amat teruja bagi mereka kerana pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa.

Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) adalah antara sekolah yang mempunyai keluasan padang yang agak luas. Saiz padang SKPT dianggarkan lebih kurang 140 meter panjang dan 80 meter lebar. Keluasan Padang SKPT mampu untuk mewujudkan dua padang bola sepak yang sesuai untuk bola sepak bawah 12 tahun, iaitu bersaiz 73 meter  x 52 meter serta trek olahraga 200 Meter. Kemudahan Padang SKPT yang luas mampu menampung dan mempunyai 2 gelanggang padang Bola Baling & 2 gelanggang Bola Jaring, serta 1 gelanggang sepak takraw.




Read more...

Sunday 12 March 2017

Kem Bestari Solat Fasa 1 2017


Program Kem Bestari Solat fasa 1 Murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)
Tarikh : 11 Mac 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Penglibatan : Semua guru dan murid-murid tahap 2






Moga Allah memberkati segala kerja buat kita hari ini....demi anak bangsa tercinta..
Terima kasih semua warga SKPT yang terlibat dalam menjayakan Program KBS fFsa 1 2017 ini
"Biar seimbang dunia akhirat"..


Read more...

Thursday 9 March 2017

1 Pingat Emas & 2 Pingat Perak di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2017


Kontijen Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap berjaya merangkul 1 Pingat Emas & 2 Pingat Perak di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap berlansung pada 6- 8 Mac 2017 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Pingat Emas disumbang oleh Muhammad Azrien Iskandar (Tahun 4 Patuh) dalam acara Lontar Peluru (Bawah 10 Lelaki) dengan jarak lontaran 6.95 meter. Manakala pingat perak disumbang oleh Mohamad Faiz bin Saad (4 Kasih) dalam acara 100 meter (Bawah 10 Lelaki) dengan catatan masa 15.50 saat dan Muhammad Syakir dalam acara Lompat Tinggi (Bawah 10 Lelaki) dengan ketinggian 1.10 meter.

Tahniah buat semua Atlit SKPT, para Jjurulatih dan seluruh warga SK Padang Terap atas pencapaian di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2017.








Read more...

Friday 3 March 2017

Majlis Perasmian "Wall Of Champions" dan Perlantikan Roslinda Samsu Ikon Sukan SK Padang Terap.


Syukur Alhamdulillah pada pagi khamis 2 Mac 2017 pihak sekolah mengadakan satu majlis iaitu majlis Majlis perlantikan tetamu khas Roslinda Samsu sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap dan Perasmian “Wall Of Champions” SK Padang Terap.


Roslinda Samsu adalah bekas atlit lompat bergalah kebangsaan yang pernah mengharunkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Dilahirkan pada 9 Jun 1982, gadis berasal dari Kg. Padang Gelanggang, Padang Terap, Kedah ini sebenarnya memulakan kerjaya atlitnya sebagai pelari pecut 100 meter. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada tahun 1989 hingga 1994.  Beliau menyertai sukan lompat bergalah ketika menuntut di tingkatan empat Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) selepas berpindah dari Jitra ketika menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Tunku Anum, Jitra.

Roslinda Samsu adalah graduan Universiti Putra Malaysia berkelulusan dalam bidang Ijazah Pendidikan Jasmani. Kini Cikgu Roslinda Samsu adalah tenaga pengajar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang. Beliau menjadi jurulatih utama untuk acara lompat bergalah di sekolah sukan tersebut.

Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap berbesar hati melantik beliau sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap. Pihak sekolah sangat berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roslinda Samsu kerana sudi datang ke SK Padang Terap bagi berkongsi kejayaan dan memberi motivasi dan semangat buat atlit sekolah dan seluruh warga SK Padang Terap. 

Semoga kehadiran Cikgu Roslinda dapat memberi suntikan semangat kepada guru dan semua murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang yang kita ceburi khususnya bidang sukan.

Bergambar bersama barisan Pentadbir SKPT


Kontijen Olahraga SKPT sempat bergambar bersama Cikgu Roslinda

Roslinda Samsu bersama bekas gurunya ketika menuntut di SKP tahun 1989 - 1994


Bergambar bersama guru-guru SKPT

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP