Friday 27 May 2016

Karnival Bahasa Peringkat Negeri Kedah 2016


Karnival Bahasa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2016 telah berlansung pada 25 Mei 2016 (Rabu) bertempat di SMK Bandar Baru Sintok, Kubang Pasu.

Dua orang murid SK Padang Terap terpilih mewakili Daerah Padang Terap iaitu Nuraznain Shiroh binti Mohd Noor (Tahun 6 Setia) dalam Pertandingan Story Telling (Tahap 2) dan Nur Arisya Afza binti Dzulkefli (Tahun 3 Kasih) dalam Pertandingan Bercerita (Tahap 1). 

Read more...

Wednesday 18 May 2016

Nuraznain Shiroh JOHAN Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016


Tahniah buat Nuraznain Shiroh binti Mohd Noor (Tahun 6 Setia) kerana telah muncul Johan Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan diadakan pada 18 Mei 2016 (Rabu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.
Tahniah buat Teacher Norlida & Guru-guru yang terlibat, semoga SK Padang Terap terus cemerlang.



Read more...

Tuesday 17 May 2016

Sambutan Perayaan Hari Guru, SK Padang Terap 2016

Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah dijayakan dengan meriahnya pada 16 Mei 2016. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan seluruh warga SKPT yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membangkitkan kemeriahan sambutan Hari Guru 2016 SKPT.







Read more...

Sunday 15 May 2016

Sesi Bergambar sempena Hari Guru 2016


Sesi bergambar sempena Hari Guru 2016 diadakan sehari sebelum Hari Guru pada 15 Mei 2016.



Read more...

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - 14 Mei 2016

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP )
Tarikh : 14 Mei 2016
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg - 12.30 tghari

Pengisian LDP :-
1. Taklimat PBPPP
2. Semakan KSSR
3. Mesyuarat guru




Read more...

Thursday 12 May 2016

Nur Arisya Afza Johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016.


Tahniah buat Nur Arisya Afza binti Dzulkefli yang telah muncul Johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan tersebut diadakan pada 11 Mac 2016 bertempat di SK Kurong Hitam. Tahniah juga buat Jurulatih Pn Fazilah & Pn. Suzana serta guru-guru yang terlibat. Pihak Sekolah harap persembahan dapat dipertingkatkan lagi bagi mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri nanti.


Read more...

Thursday 5 May 2016

Hari Guru


PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

* Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
* Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
* Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
* Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
* Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
* Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU
Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Read more...

Wednesday 4 May 2016

Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2016

SK Tunku Abdul Rahman Putra (SKTARP) telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016. SKTARP berjaya menundukkan SK Naka dengan jaringan 1-0 dan berjaya memecah dominasi SK Naka dalam Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap.


Pasukan Bola Sepak SK Padang Terap tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir setelah tewas tipis (0-1) selepas tambahan masa kepada SK Tandop Besar di peringkat Suku Akhir.

Read more...

Sunday 1 May 2016

Pasukan Bola Sepak SK Padang Terap layak ke Peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2016

Pusingan Awal Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016 telah di adakan pada tarikh 26 - 28 April 2016 (Selasa - Khamis). Lapan buah pasukan yang muncul Johan & Naib Johan setiap kumpulan layak ke peringkat Suku Akhir. 

Tahniah buat Para Jurulatih & Guru terlibat serta pemain Bola Sepak SK Padang Terap kerana muncul sebagai Naib Johan Kumpulan C, seterusnya melayakan diri ke peringkat suku akhir.

Pasukan Bola Sepak SK Padang Terap diundi menentang SK Tandop Besar pada peringkat suku akhir

Kedudukan Mata Pasukan Peringkat Kumpulan




Read more...

SALIMIN BIN AHMAD

Nama : Salimin bin Ahmad
Tarikh Berkhidmat di SKPT :

Read more...

SHAZAWIYAH BINTI ABDUL SHUKOR


Nama : Shazawiyah biti Abdul Shukor
Tarikh berkhidmat di SKPT :

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP