Friday 28 April 2017

Amer Nazif bin Azizi muncul Johan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Amer Nazif bin Azizi kerana telah muncul Johan Boling Tenpin bawah 12 Lelaki di Kejohanan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017. Bagi Kategori Double Lelaki B12 Amer Nazif dan Muhammad Arif mendapat tempat Keempat.  
Kejohanan tahun ini diadakan pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Aman Central Alor Setar Kedah Darul Aman. Tahniah dan terima kasih buat pengurusan pasukan Boling SKPT 2017 serta pihak  keluarga murid yang turut memberi sokongan.



Read more...

Nur Aina Kharuzaman mendapat tempat ketiga Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Nur Aina Kharuzaman telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori perempuan bawah 12 tahun di Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan peringkat daerah tahun 2017 telah diadakan pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di SMA Daril Iktisam.
Tahniah dan terima kasih kepada Jurulatih Catur En. Hazlin dan pihak pengurusan pasukan catur 2017.

Senarai Murid yang terlibat dalam Pertandingan Catur MSSD 2017
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias

Read more...

Program Ceramah Motivasi Tahun 6 bersama pelajar Cemerlang SPM SMKDSA 2017

Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada

Read more...

Wednesday 19 April 2017

Cikgu Wan Zamri Kembali Ke Rahmatullah



Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Wan Zamri bin Zainol Abidin, Guru Sekolah Kebangsaan Padang Terap, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Rabu, 19 April 2017 bersamaan 22 Rejab 1438H jam 5.00 pagi di Hospital Kuala Nerang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 
Al-Fatihah.

Read more...

Saturday 8 April 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017 telah diadakan pada 8 April 2017 bertempat di SK Panglima Awang.

Akmal Haikal telah berjaya merangkul tempat kedua bagi Tilawah Al-Quran Lelaki & Nur Anisa bt Ahmad Sanusi berjaya mendapat tempat ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan. Tahniah buat semua murid & guru yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) Peringkat Daerah Padang Terap 2017.



Read more...

Sunday 2 April 2017

Adik Mohd Hisyam rangkul Pingat Gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang PPKI Padang Terap 2017

Adik Mohd Hisyam bin Hamzah berjaya merangkul pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Peringkat Daerah Padang Terap 2017. Adik hisham berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Lontar Peluru Kategori Lelaki (Sindrom Down).




Read more...

Saturday 1 April 2017

Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Terap kali ke-41 2017


Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Terap kali ke-41 telah diadakan pada 30 Mac 2017 (Khamis). Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Ghazali bin Haji Ibrahim, DHMS., DSDK., KMN., BKM., BMS., PJ., JP. (Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia).

Pihak PIBG dan Pihak Sekolah mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Seri kerana sudi hadir ke SK Padang Terap serta bermurah hati menjanjikan sumbangan RM10,000 kepada PIBG SK Padang Terap. 




Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP