Friday 27 December 2019

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2020 & Pendaftaran SPI / KAFA

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2020 akan di adakan pada 29 Disember 2019 (Ahad) bertempat di dewan Perdana SKPT pada pukul 8.00 pagi. Semua waris tahun 1 dan murid tahun 1 2020 (berpakaian sekolah) terlibat pada hari tersebut.

Sekian Harap Maklum


Read more...

Selamat Datang & Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2020

Selamat Datang & Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2020 
buat semua Murid & Warga Sekolah Kebangsaan Padang Terap

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,

Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat.....
Semoga Lebih Berjaya!

Read more...

Thursday 26 December 2019

NORAZIELA BINTI AHMAD

Nama : Noraziela binti Ahmad
Tarikh berkhidmat di SKPT : 1 Januari 2020

Read more...

Design Muka Depan SKPT 2020


Read more...

Wednesday 11 December 2019

Pencapaian UPSR 2019 SK Padang Terap

Seramai 77 calon menduduki peperiksaan UPSR Tahun 2019.  Seramai 56 calon lulus semua mata pelajaran.
Pencapaian 5A 1B = 3 Orang
Peratus Keseluruhan : 72.73%

PERATUS MATA PELAJARAN :
BM (Pemahaman) = 94.8 %
BM (Penulisan) = 97.4%
BI (Pemahaman) = 93.5%
BI (Penulisan) =80.5%
Matematik = 89.6%
Sains = 100%

Read more...

Malam Sanjungan Budi : Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum, Anugerah HEM & Kurikulum

Program Malam Sanjungan Budi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum, Anugerah HEM & Kurikulum peringkat sekolah telah diadakan pada 20 November 2019 (Rabu) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perdana SKPT.

Read more...

Tuesday 19 November 2019

Skuad B10 SKPT muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 MSSD Padang Terap 2019

Skuad Bola Sepak Bawah 10 SK Padang Terap telah muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Kejohanan di adakan pada 19 November 2019 (Isnin) bertempat di Padang SK Padang Terap.
Pasukan B10 SKPT tewas tipis 1-0 kepada pasukan b10 SK Naka pada perlawanan akhir tersebut.

Peringkat Kumpulan :-
SKPT 4 - 1 SK Pdg Sanai
SKPT 1 - 2 SK Naka

Separuh Akhir
SKPT 2 - 0 SKTARP

Akhir 
SKPT 0 - 1 SK Naka

Read more...

Tuesday 12 November 2019

YUSRI SHAH BIN YAACOB

Nama : Yusri Shah bin Yaacob
Jawatan : Penolong Kanan Ko-kurikulum
Tarikh berkhidmat di SKPT : 04 November 2019

Read more...

Friday 18 October 2019

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih : Cikgu Khalijah & Cikgu Faisal


Read more...

Monday 16 September 2019

Karnival Keusahawanan SKPT 2019

1. PENDAHULUAN
Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap akan mengadakan Hari Keusahawanan peringkat sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, pihak komuniti setempat dan pihak sekolah. Rasional program ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam topik Perniagaan dan Keusahawanan. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah organisasi. Program ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengamalkan gaya hidup muhibah melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian serta sejajar dengan kehendak yang diuar-uarkan oleh kerajaan dalam menekankan konsep perpaduan dan semangat muhibah di antara kaum
Bagi pihak guru pula, program seperti ini merupakan peluang untuk memindahkan ilmu serta pengetahuan mengenai selok-belok pekerjaan kepada murid. Dalam masa yang sama membolehkan guru untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah dan penilaian pelajar untuk aktiviti kokurikulum. Bagi pihak komuniti pula, program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak luar seperti ibubapa/penjaga pelajar serta pihak lain dengan pihak sekolah. Dalam masa yang sama memberikan kesedaran kepada mereka bahawa anak-anak mereka yang terlibat dalam program ini secara langsung mempunyai keupayaan dalam bidang perniagaan

2. OBJEKTIF
Pelaksanaan Hari Keusahawanan ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk : -
2.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. 
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, pelajar, ibubapa/penjaga, pihak luar lain yang berkaitan dengan pihak sekolah. 
2.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan.
2.4 Memberikan peluang kepada murid untuk menonjolkan diri untuk tujuan penilaian kurikulum dan kokurikulum.
2.5 Memberikan kesedaran kepada pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan akademik dan sahsiah.
2.6 Mengumpul dana bagi menjayakan program sekolah dan aktiviti kokurikulum sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN
Program Hari Keusahawanan ini akan melibatkan :-
- Semua murid dan guru & Staf Sekolah Kebangsaan Padang Terap,
- Para ibu bapa dan waris
- Ahli masyarakat setempat.
- 225 orang Murid & Guru sekolah sekitar Negeri Kedah

4. TARIKH / MASA
Hari Keusahawanan akan ini akan dijalankan pada 10 Oktober 2019 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 ptg

5. TEMPAT
Hari Keusahawanan ini akan diadakan di sekitar kawasan Sekolah

6.     PERANCANGAN AKTIVITI
- Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri 2019
- Pertandingan Sepak Penalti (B12) peringkat Negeri Kedah
- Cabutan Bertuah
- Jualan Gerai Pelbagai Jenis Makananan
- Bundle Sale
- Tayangan Filem
- Fun Ride Amal
- Acara Memanah
- Permintaan Lagu
- Mini Zoo
- Belon Soopa Doopa
- Pemeriksaan Kesihatan
- Rawatan Kesihatan CERAGEM (PERCUMA)
- Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
(ATM, PDRM, AADK, APAM, KESIHATAN, Jabatan Pendaftaran, Farmasi HKN, Bank Rakyat, Perodua, CSR Padang Terap, Celcom dan sebagainya.

7.      CARA URUSNIAGA
a) Urusniaga akan menggunakan sistem KUPON sepenuhnya. Urusan pembayaran atau pengembalian wang baki hendaklah menggunakan kupon khas yang dijual oleh pihak penganjur. 
b) Kaunter kupon akan 09.10.2019 sehingga pada akhir pelaksanaan program.
c) Kupon dijual secara set dengan harga RM5.00 & RM10.00 untuk setiap set. 
d) Kupon hanya dijual secara set dan tidak dijual secara kepingan. 
e) Setiap set kupon RM5.00 akan mengandungi nilai 50sen x 2, RM1 x 2, RM2 x 1
f) Setiap set kupon RM10.00 akan mengandungi nilai 50sen x 2, RM1 x 2, RM2 x 1, RM5 x 1.
f) Setiap pembelian KUPON RM10.00, layak mendapat SATU Kupon CABUTAN BERTUAH
g) Pengunjung boleh mendapatkan seberapa banyak set kupon yang dikehendaki. 
h) Kupon yang telah dibeli tidak boleh ditukarkan kembali kepada wang. 
i) Pembelian berbaki tidak boleh dikembalikan atau ditambah dengan wang tunai. 
j) Urus niaga tunai adalah dilarang sama sekali. 

8.     PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan melahirkan murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti murid dan memberikan pengalaman yang berguna kepada guru-guru di samping mendapat bantuan kewangan daripada pihak luar. Akhir kata, semoga rancangan ini dapat membantu mencapai objektif yang diharapkan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Read more...

Sunday 4 August 2019

TS25 SKPT : Senior Leader Team (SLT) & Middle Leader Team (MLT) 2019



Read more...

Thursday 18 July 2019

Mahmad Jelani bin Mahmud (Abang Mie) Kembali Ke Rahmatullah

Dukacita dimaklumkan bahawa Mahmad Jelani bin Mahmud (Abang Mie), Pembantu Tadbir Sekolah Kebangsaan Padang Terap, telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 17 Julai 2019 jam 7.15 mlm di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 
Al-Fatihah.

Read more...

Wednesday 10 July 2019

MUHAMAD IZZAT BIN BADRUL

Nama : Muhamad Izzat bin Badrul
Tarikh berkhidmat di SKPT : 27 Jun 2019

Read more...

NORSAPINAH BINTI AB GHANI

Nama : Norsapinah bt Ab Ghani
Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) N19
Tarikh berkhidmat di SKPT : 2 Jun 2019

Read more...

Sunday 26 May 2019

Salam Aidilfitri SKPT 2019



Video SAlam Aidilfitri SKPT 2019 di Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=AuqaXchCHG4&t=12s

Read more...

Kad Raya Aidilfitri SKPT 2019


Read more...

Sesi Fotografi Sempena Aidilfitri 2019

 


Read more...

Saturday 25 May 2019

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 1440H / 2019

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 1440H / 2019 telah diadakan pada 23 Mei 2019 (Khamis).



Read more...

Gambar Guru-guru sempena Hari Guru 2019


Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP