Thursday 19 March 2020

Kejohanan Olahraga SK Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Kejohanan dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.

Rumah KUNING muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2020 dengan pungutan 21 Pingat Emas, 14 Perak & 10 Gangsa, manakala Rumah MERAH selaku Juara Bertahan 2019 menduduki tempat Ke-2 Keseluruhan tahun 2020.
Olahragawan 2020 ~ Muhammad hazim
Olahragawati 2020 ~ Qaseh Damia bt Mahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2020 ~ 
Olahragawati Harapan 2020 ~ 


Read more...

Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2020

Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2020
Tarikh : 09 Februari 2020
Hari : Ahad
Perasmian oleh : En Zahir Zainuddin ( YDP PIBG SKPT)
Tetamu jemputan : Pn Rosimah Saad(Pegawai PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah)

Read more...

Kontijen Olahraga SKPT Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020

Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa. 

Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.

Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.
 
\


Read more...

SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2020

Pasukan Merentas Desa SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 29 Januari 2020 di SMK Lubok Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mengumpul 81 Mata sekaligus berjaya memintas pencabar terdekat SK Tunku Abdul Rahman Putra di tempat ke-2.

Kategori Individu Perempuan (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 4 10 ,14 & 16, manakala bagi kategori Individu Lelaki (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 13, 17, 21 & 41.

Tahniah buat semua Atlit SKPT dan Jurulatih Merentas Desa serta pengurusan Kontijen Merentas Desa SKPT 2020

Senarai Pemenang Kategori Perempuan :-
No. 3 = Nurfarah Alyaa 
No. 4 = Siti Sofea
No 10 = Nur Ain Afishah
No. 14 = Nur Amalina
No 16 = Nurin Izazi 

Senarai Pemenang Kategori Lelaki :-
No. 3 = Kausar Idris 
No. 13 = Muhammad Aidil Safuan
No 17 = MuhamadMustaqim
No. 21 = Ahmad Syakib Zuhair
No 41 = Basyar b Ismail

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP