Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Monday, 17 September 2018

Sambutan Ambang Merdeka SK Padang Terap 2018

Sambutan Ambang merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan pada hari khamis 30 Ogos 2018 lalu. Pelbagai Aktiviti diadakan sepanjang sambutan tersebut, antaranya :-
- Majlis Bacaan Yassin
- Larian Jalur Gemilang
- Senamrobik bersama MILO
- Pertandingan Mewarna & Melukis
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
- Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka
- Pertandingan Pakaian Merdeka



Read more...

Tuesday, 12 September 2017

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017


Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017 di adakan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017 lalu.




Read more...

Sunday, 20 August 2017

Pelancaran Bulan Kebangsaan, Bulan Bahasa & Bulan Sejarah

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Bulan Bahasa & Bulan Sejarah telah dijayakan pada 13 Ogos 2017. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Padang Terap.




Read more...

Wednesday, 31 August 2016

Sambutan Ambang Merdeka SK Padang Terap 2016

Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah dan Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu disambut meriah di SK Padang Terap pada 30 Ogos 2016. Sambutan lebih meriah lagi apabila bulan kemerdekaan 2016 ini disambut bersama Bulan Bahasa Melayu (panitia Bahasa Melayu) dan Bulan Sejarah. 

Pelbagai aktiviti dijayakan dalam memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 & Bulan Bahasa Melayu. Antaranya Pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Pakaian Merdeka, Basikal Berhias, Kuiz Merdeka, Pertandingan Melukis & Mewarna, Peraduan Silangkata, Pertandingan Deklamasi Sajak. Sambutan kali ini juga turut digamatkan lagi dengan persembahan Deklamasi Sajak oleh Cikgu Suzana, Cikgu Nor Azmi, Cikgu Mohamed Faisal & Pn. Maznah.








Read more...

Friday, 19 August 2016

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2016.

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAERAH PADANG TERAP 2016
Tarikh : 18 Ogos 2016 (Khamis).
Masa : Sampai ke SKPT pukul 11.50 tengahari


Konvoi kenderaan Pacuan 4 roda (4x4) sebanyak 77 buah dan 20 buah motorsikal berkuasa tinggi di sambut meriah oleh seluruh warga SK Padang Terap. Turut terlibat Konvoi Merdeka adalah Pegawai Daerah, Pegawai PPD, Ketua Polis Daerah dan lain-lain ketua Jabatan/Agensi Daerah Padang Terap

Sekitar awal jam 9.00 pagi, Konvoi bergerak dari Dataran Putra Kuala Nerang, melintasi SMKDSA & SKTARP, Kolej MARA Kuala Nerang, SK Bukit Tembaga, SK Tualak, SK Padang Terap dan berakhir di SMK Padang Terap. 

SK Padang Terap adalah hentian ke-6, dimana tuan Pegawai Daerah Padang Terap menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pihak Sekolah/PIBG. Cikgu Nor Azmi mewakili Sekolah melaungkan MERDEKA diatas Pentas (atas kenderaan) yang disediakan oleh pihak konvoi ketika Konvoi tiba di SK Padang Terap.

Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4 & 5 SKPT bersama-sama menunggu di hadapan SK Padang Terap sambil mengibarkan Jalur Gemilang serta bersama-sama melaungkan KEMERDEKAAN.



Read more...

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016. Majlis Pelancaran di sempurnakan oleh Cikgu Mohamed Faisal Hj Abdullah (GPK Ko-Kurikulum).






Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP