Pentadbiran SKPT

Pentadbiran SKPT

Sunday, 30 December 2018

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) – Pembelajaran Abad ke-21


Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk semua guru sk Padang Terap telah diadakan pada 30 Disember 2018 (Ahad)  jam 8.30 pagi.  

Slot 1 : LDP Pembelajaran Abad ke-21
Program LDP PAK21 ini di sampaikan oleh Puan Norlida bt Ibrahim, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, merangkap Setiausaha TS25

Slot 2 : Cara mengemaskini Portal Sekolah
Disampaikan oleh En Mohamed Faisal bin Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum)

Slot 3 : VLE Frog
Disampaikan oleh En Mohamad Shahir bin Mohd Kaman (Guru ICT)



Read more...

Wednesday, 26 December 2018

Gambar Guru-guru SK Padang Terap Sesi 2019


Read more...

NURUL NATRAH BINTI AZIZAN

Nama : Nurul Natrah binti Azizan
Tarikh berkhidmat di SKPT : 01.01.2019

Read more...

INTAN SAKINDAH BT ISHAK

Nama : Intan Sakindah binti Ishak
Tarikh berkhidmat di SKPT : 01.01.2019

Read more...

Pencapaian UPSR 2018


Read more...

Penyertaan & Pencapaian Sukan dan Kokurikulum SKPT 2018

Tahun 2018 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak menyertai pelbagai aktiviti dalam kejohanan peringkat Daerah Padang Terap dan Kebangsaan, serta berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2017. Antaranya adalah :-

1. KONTIJEN OLAHRAGA berjaya mendapat tempat KETIGA KESELURUHAN dengan mengutip 3 pingat Emas & 5 Pingat Perak dan 1 gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2018 pada 11 – 13 Mac 2018 sertempat di Stadium Darul Aman.

2. PASUKAN BOLA SEPAK B11 SKPT mendapat tempat KETIGA KEBANGSAAN di Kejohanan “MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP” Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018. Kejohan berlansung pada 7, 8 & 9 Oktober 2018 bertempat di SK Mahkota Sari, Gerik Perak.

3. PASUKAN BOLA SEPAK B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 25 – 27 April 2018 bertempat di SK Padang Terap.

4. PASUKAN BOLA SEPAK B10 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun MSSD Padang Terap 2018 pada 19 November 2018 bertempat di SK Padang Terap.

5. PASUKAN BOLA JARING B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Jaring B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu.

6. PASUKAN BOLA SEPAK TAHUN 6 muncul NAIB JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018 bertempat di SK Padang Terap.

7. PASUKAN BOLA JARING TAHUN 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018  bertempat di SK Padang Terap.

8. PASUKAN MERENTAS DESA SKPT mendapat tempat ke-9 individu lelaki (Hisyamrul Nizam) di  Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2018 pada 27 Januari 2018 bertempat di SK Kampung Belukar.

9. PASUKAN BOLA BALING B12 (PEREMPUAN) berjaya keperingkat Suku Akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Padang Terap 2018, bertempat di Sena Sport Pokok Sena.

10. AQEEDA (6 SETIA) berjaya mendapat tempat Kedua Pertandingan Story Telling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padang Terap 2018.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan sepanjang tahun 2018 adalah :-

1. KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018 pada 18 januari 2018

2. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2018 PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-42 2018 pada 22 Februari 2018

3. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 TAHUN 2018 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018, pada 19 November 2018 (isnin).

4. Menganjurkan PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS Peringkat Sekolah 2018, pada 12 & 18 April 2018.

5. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD PADANG TERAP 2018.
Pada 25 – 27 April 2018. 

6. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018.
Tarikh : 17 & 18 Ogos 2018

7. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2018.
Tarikh : 21 & 22 September 2018, bertempat di SK Padang Terap

8. SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018 diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu)

9. Menganjurkan & mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING, KARNIVAL SUKAN TAHUN 6 PERINGKAT PADANG TERAP 2018 – 14 Oktober 2018.

10. HARI KELUARGA “EAT RIGHT TO PLAY RIGHT” ONE GOAL & ZURICH
KOMUNITI SK PADANG TERAP 2018, pada 27 Oktober 2018 (Sabtu)

11. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPT 2018, dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin, YDP PIBG SK Padang Terap. Majlis diadakan pada 13 November 2018

12. MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH, sempena persaraan Guru-Guru SKPT
Tarikh : 14 Mac 2018 - Puan Sofiah bt Abdullah
Tarikh : 31 mei 2018 - Hj Ahmad Ruslan B Abd Rahim & Pn Faridah bt Ismail
Tarikh : 21 November 2018 – Puan Noorain bt Abdullah

13. MALAM SANJUNGAN BUDI,ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN & KOKURIKULUM, ANUGERAH HEM & NILAM 2018. Majlis dirasmikan oleh En Omar bin Eting Penolong PPD HEM. Majlis diadakan pada 21 November 2018 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa artis dari Persatuan Seniman Malaysia, antaranya Wan Maimunah, Kay Maria, Alina Hassan (Mentor Otai), Mamarina (AF), Zuraini Kasim dll.







Read more...

Saturday, 1 December 2018

Malam Sanjungan Budi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikkulum, HEM dan NILAM Tahun 2018

Malam Sanjungan Budi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikkulum, Anugerah HEM dan Anugerah NILAM tahun 2018 telah diadakan pada 21 November 2018 (Rabu) jam 8.30 malam, bertempat di Dewan Perdana SKPT. Majlis disempurnakan oleh Cikgu Omar bin Eting, Penolong PPD HEM, PPD Padang Terap.

Majlis Sanjungan Budi Sekolah Kebangsaan Padang Terap  merupakan satu majlis penganugerahan kepada murid -murid yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti  Sukan dan Kokurikulum & Program Nilam.

Penganugerahan ini juga untuk para guru-guru yang terlibat dalam pengurusan Sukan & Kokurikulum, dan memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kecemerlangan SK Padang Terap. Majlis seumpama ini amat perlu diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan serta sumbangan bakti semua pihak dalam mengharumkan nama SK Padang Terap.

Malam Sanjungan Budi ini menjadi lebih meriah lagi dengan Kehadiran beberapa orang atris terkenal Tanah Air dari Persatuan Seniman Malaysia. Antara Artis yang turut hadir ialah Ibu Wan Maimunah, Kak Kay Maria, Zuraini Kassim (Abg Aju), Alina Hassan (Mentor Otai 2018), Mamarina AF6 dan beberapa artis lagi. Majlis ini kali berkonsepkan "Anugerah Skrin" di mana seorang guru dan seorang artis naik ke pentas bagi mengumumkan setiap kategori yang dicalonkan.

Majlis lebih meriah lagi apabila Alina Hassan & Mamarina mempersembahkan nyanyian mantap dan bertenaga pada malam tersebut.
 
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu menjayakan majlis ini. Terima Kasih kepada Pengusahan Kantin yang menyediakan Jamuan Makan Malam serta Paksu Norman (Presiden KN Kiara FC) yang turut membantu serta membawa artis-artis ke SKPT.

Read more...

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Persaraan Pn Noorain bt Abdullah

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Persaraan Pn Noorain bt Abdullah telah diadakan pada 21 November 2018 (Rabu). Pn Noorain bersara secara rasmi mulai tarikh 1 Disember 2018 dan berkhidmat di SKPT selama lebih 21 tahun. Selamat Bersara buat Pn Noorain, jasamu tetap dikenang.


Read more...

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Padang Terap 2018 telah diadakan pada 13 November 2018 (Selasa). Majlis dirasmikan oleh Muhammad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SK Padang Terap.

Tokoh Kokurikulum : Azriel Zikri bin Ayusnizam
Tokoh Murid : Nur Iman Anisa bt Ahmad Sanusi


Read more...

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2018

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2018 diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu). Semua guru & Staf serta murid-murid SKPT terlibat dalam program ini. Majlis pelancaran dissempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPT En. Mohamad Rosli bin Abdul Rahman.

Read more...

Karnival Sukan Tahun 6, Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Peringkat Daerah Padang Terap 2018.

Karnival Sukan Tahun 6, Peringkat Daerah Padang Terap 2018 telah di adakan pada 14 Oktober 2018 (Ahad) bertempat di SK Padang Terap

Pasukan Bola Jaring Tahun 6 telah muncul Johan Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6, Peringkat Daerah Padang Terap 2018, manakala pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Naib Johan Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah 2018.

Pasukan Bola Jaring berjaya menundukkan SK Datin Fatimah pada perlawanan akhir dengan jaringan 5-4.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP