Wednesday 8 August 2018

Peta I-Think

Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta Pemikiran dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
Terdiri I-Think daripada 8 
1. Peta Bulatan (The Circle Map) 
2. Peta Buih (The Bubble Map) 
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map) 
4. Peta Pokok (The Tree Map) 
5. Peta Dakap (The Brace Map) 
6. Peta Alir (The Flow Map) 
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map) 
8. Peta Titi (The Bridge Map)
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

0 comments:



About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP