Pentadbiran SKPT

Pentadbiran SKPT

Thursday, 30 June 2016

Majlis Khatam Al-Quran SK Padang Terap 2016 / 1437H

Majlis Khatam Al-Quran SK Padang Terap telah disempurnakan pada hari Khamis, 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437H. Tahniah dan Terima Kasih kepada Guru Panitia Pendidikan Islam SKPT dan semua guru yang terlibat dalam mengimarahkan bulan ramadhan yang mulia dan penuh barokah, serta menjayakan Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Ramadhan kian berlalu........ Semoga kehadiran bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini membukakan lautan rahmat dari Allah swt untuk kita semua... Amin

Ramadhan kian berlalu... 
Semoga amalan kita pada Ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang lalu... 

Ramadhan kian berlalu... 
Adakah kita masih dikurniakan kudrat dan hayat untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang? Hanya Allah yang tahu... 

Ramadhan kian berlalu...
HambaMu ini berharap ibadat kami kepadaMu tidak terputus.. Ya Allah, terimalah amalan hambaMu yang fakir ini.. Moga kami sempat berjumpa Ramadhan yang akan datang. 

Ramadhan kian berlalu... 
semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua, dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang yang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP