Friday, 29 July 2016
Sunday, 24 July 2016
Nur Aina bt Kharuzaman mendapat tempat Kelima dalam Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016
Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di SABK Daril Iktisam. SK Padang Terap menghantar wakil 4 orang murid dari tahun 5 untuk menyertai pertandingan pada tahun ini. Tahiah buat Nur Aina bt Kharuzaman kerana telah mendapat Tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.
Senarai Murid yang mewakili sekolah dalam Pertandingan Catur 2016
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias
Labels:
Ko-Akademik
Friday, 22 July 2016
Program Pembangunan Sukan : Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring (Bawah 11) Tahun 2016
Satu Program Pembangunan Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan, iaitu Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Bawah 11. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam sukan seterusnya mengenalpasti dan mencungkil bakat murid untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah sebagai persediaaan untuk tahun 2017.
Program diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 Julai 2016 (Rabu & Khamis) pada pkul 3.00 - 6.00 ptg. Program ini melibatkan murid tahun 4 & tahun 5 serta beberapa orang murid tahun 3 yang terpilih. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan Bola Sepak & Bola Jaring, yang dijalankan secara liga kumpulan.
Pasukan Argentina muncul johan Pertandingan Bola Sepak (B11) SKPT 2016
Nama Pasukan Bola Sepak
Kumpulan A : Portugal, Brazil & SpainKumpulan B : Argentina, Jerman & Perancis
Nama Pasukan Bola Jaring
Kumpulan A : Seroja, Mawar & Sakura
Kumpulan B : Teratai, Raflesia & Orkid
Pasukan Orkid telah muncul Johan Bola Jaring (B11), manakala Pasukan Argentina muncul Johan Bola sepak (B11) setelah menjinakkan pasukan Jerman pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-0.
Keputusan Penuh Pertandingan:
BOLA SEPAK
Johan : Argentina
Naib Johan : Jerman
Tempat Ketiga : Portugal & Sepanyol
Pemain Paling Bernilai : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Cikgu Wan Zamri
BOLA JARING
Johan : Pasukan Orkid
Naib Johan : Pasukan Teratai
Tempat Ketiga : Pasukan Mawar & Pasukan Sakura
Pemain Paling Bernilai : Nur Aina Khairuzaman (Tahun 5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Ku Nurul Husna bt Ku Abdul Rahman (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Ustazah Paudzah
Read more...
Labels:
Pembangunan Sukan
Tuesday, 19 July 2016
Majlis Pelancaran Bulan Sains 2016
Majlis Pelancaran Bulan Sains 2016 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada 17 Julai 2016. Bulan Sains bermula 10 Julai - 28 julai 2016, yang bertemakan "Sains Menjana Inovasi Dalam Pendidikan". Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan julai 2016.
Demonstrasi Sains pada majlis pelancaran Bulan Sains SKPT 2016
Read more...
Labels:
Panitia Sains
Friday, 15 July 2016
Berita Sambutan Aidilfitri SK Padang Terap di Laman Web GPS Bestari
Kemeriahan Sambutan Aidilfitri SK Padang Terap 2016 telah dipilih untuk dimuat naik di Laman Web GPS Bestari (www.gpsbestari.com). Terima kasih buat pihak GPS Bestari kerana sudi memilih dan memuat naik berita tentang sambutan Aidilfitri SK Padang Terap 2016.
Laporan Aidilfitri SKPT di web GPS Bestari sila klik ke
Read more...
Labels:
Aidilfitri
Thursday, 14 July 2016
Sync SKPT (Sekolah Kebangsaan Padang Terap)
Pihak sekolah SKPT menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru2 serta pelajar disarankan untuk memuat turun 'Sync school messaging app' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak sekolah SKPT.
Sila klik link berikut untuk download.
Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SKPT
Minta tolong share info di atas dengan ibu bapa dan semua guru.
Sekian, terima kasih.
Labels:
Sync SKPT
Tuesday, 12 July 2016
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah diadakan dengan meriahnya pada hari Selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H. Terima kasih kepada Tuan Guru Pak Teh Mat kerana sudir hadir ke majlis aidilfitri pada tahun ini, serta beberapa Pegawai PPD Padang Terap.
Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Guru dan Staf, PIBG, Guru KAFA, Pekerja Swasta dan semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016. Terima kasih juga buat Rakan Guru dan Penderma Budiman yang bermurah hati sudi membuat kenduri dan menghulurkan sumbangan seterusnya menghidupkan suasana Aidilfitri di SK Padang Terap tahun ini.
Para Pemenang Pakaian Bergaya Aidilfitri
Read more...
Labels:
Aidilfitri
Friday, 1 July 2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kesempurnaan dan kebahagian yang begitu indah di saat hangatnya suasana lebaran yang kian terasa oleh segenap umat Islam. Dengan saling memaafkan berjabat tangan dan saling menghulurkan kedua belah tapak tangan dengan hati yang tulus yang dihadirkan bersama untaian kata hati dan perasaan, menyemarakkan keindahan dan kebahagian di hari lebaran.
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN
”Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”
Ikhlas Daripada :-
Seluruh Warga SK Padang Terap
Read more...
Labels:
Salam Aidlifitri
Subscribe to:
Posts (Atom)

