Friday 3 March 2017

Majlis Perasmian "Wall Of Champions" dan Perlantikan Roslinda Samsu Ikon Sukan SK Padang Terap.


Syukur Alhamdulillah pada pagi khamis 2 Mac 2017 pihak sekolah mengadakan satu majlis iaitu majlis Majlis perlantikan tetamu khas Roslinda Samsu sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap dan Perasmian “Wall Of Champions” SK Padang Terap.


Roslinda Samsu adalah bekas atlit lompat bergalah kebangsaan yang pernah mengharunkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Dilahirkan pada 9 Jun 1982, gadis berasal dari Kg. Padang Gelanggang, Padang Terap, Kedah ini sebenarnya memulakan kerjaya atlitnya sebagai pelari pecut 100 meter. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada tahun 1989 hingga 1994.  Beliau menyertai sukan lompat bergalah ketika menuntut di tingkatan empat Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) selepas berpindah dari Jitra ketika menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Tunku Anum, Jitra.

Roslinda Samsu adalah graduan Universiti Putra Malaysia berkelulusan dalam bidang Ijazah Pendidikan Jasmani. Kini Cikgu Roslinda Samsu adalah tenaga pengajar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang. Beliau menjadi jurulatih utama untuk acara lompat bergalah di sekolah sukan tersebut.

Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap berbesar hati melantik beliau sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap. Pihak sekolah sangat berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roslinda Samsu kerana sudi datang ke SK Padang Terap bagi berkongsi kejayaan dan memberi motivasi dan semangat buat atlit sekolah dan seluruh warga SK Padang Terap. 

Semoga kehadiran Cikgu Roslinda dapat memberi suntikan semangat kepada guru dan semua murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang yang kita ceburi khususnya bidang sukan.

Bergambar bersama barisan Pentadbir SKPT


Kontijen Olahraga SKPT sempat bergambar bersama Cikgu Roslinda

Roslinda Samsu bersama bekas gurunya ketika menuntut di SKP tahun 1989 - 1994


Bergambar bersama guru-guru SKPT

0 comments:



About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP