Saturday 1 December 2018

Malam Sanjungan Budi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikkulum, HEM dan NILAM Tahun 2018

Malam Sanjungan Budi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikkulum, Anugerah HEM dan Anugerah NILAM tahun 2018 telah diadakan pada 21 November 2018 (Rabu) jam 8.30 malam, bertempat di Dewan Perdana SKPT. Majlis disempurnakan oleh Cikgu Omar bin Eting, Penolong PPD HEM, PPD Padang Terap.

Majlis Sanjungan Budi Sekolah Kebangsaan Padang Terap  merupakan satu majlis penganugerahan kepada murid -murid yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti  Sukan dan Kokurikulum & Program Nilam.

Penganugerahan ini juga untuk para guru-guru yang terlibat dalam pengurusan Sukan & Kokurikulum, dan memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kecemerlangan SK Padang Terap. Majlis seumpama ini amat perlu diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan serta sumbangan bakti semua pihak dalam mengharumkan nama SK Padang Terap.

Malam Sanjungan Budi ini menjadi lebih meriah lagi dengan Kehadiran beberapa orang atris terkenal Tanah Air dari Persatuan Seniman Malaysia. Antara Artis yang turut hadir ialah Ibu Wan Maimunah, Kak Kay Maria, Zuraini Kassim (Abg Aju), Alina Hassan (Mentor Otai 2018), Mamarina AF6 dan beberapa artis lagi. Majlis ini kali berkonsepkan "Anugerah Skrin" di mana seorang guru dan seorang artis naik ke pentas bagi mengumumkan setiap kategori yang dicalonkan.

Majlis lebih meriah lagi apabila Alina Hassan & Mamarina mempersembahkan nyanyian mantap dan bertenaga pada malam tersebut.
 
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu menjayakan majlis ini. Terima Kasih kepada Pengusahan Kantin yang menyediakan Jamuan Makan Malam serta Paksu Norman (Presiden KN Kiara FC) yang turut membantu serta membawa artis-artis ke SKPT.

1 comments:

Unknown 4 December 2018 at 11:43  

Tahniah ...
Tahun depan boleh buat lagi yer...👍



About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP