Aktiviti Senamrobik bersama MILO
Sesi 2018 semua murid terlibat dalam sesi senamrobik bersama Milo. Program ini diadakan pada minggu pertama persekolahan iaitu hari Khamis 4 Januari 2018. Tahun 2018 dimulakan dengan aktiviti lebih semangat dan bertenaga seterusnya memberi kesedaran kepentingan sukan membantu kesihatan dan kecergasan diri kepada semua guru dan murid. Program senamrobik bersama Milo ini juga dapat memberi suntikan semangat serta dorongan kepada murid SKPT untuk lebih cemerlang dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum.
0 comments:
Post a Comment