Pentadbiran SKPT

Pentadbiran SKPT

Thursday, 11 October 2018

Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018

Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :-
1. SK Mahkota Sari (Perak)
2. SK Jalan Pegoh (Perak)
3. SK Slim River (Perak)
4. SK Seri Kinta (Perak)
5. SK Taman Uda (Kedah)
6. SK Padang Terap (Kedah)
7. SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
8. SK Sena (Perlis)
9. SK Paya (Perlis)
10. SK Seri Tunjong (Perlis)
11. SK Sungai Dua (P. Pinang)
12. SK Bukit Rahman Putera (Selangor)
13. SK Seri Selangor (Selangor)
14. SK Sabak Uni (Johor)
15. SK Sultan Ismail 1 (Kelantan)

SK Padang Terap berjaya mengungguli kumpulan dengan 2 kemenangan dan 1 seri diperingkat kumpulan. Dengan mengumpul 7 mata SKPT layak ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Rahman Putera (Selangor) dan berjaya menundukkan SK Bukut Rahman Putera dengan jaringan 1-0.
Di peringkat Separuh akhir SKPT bertemu SK Bandar Puteri Jaya (kedah). SKPT ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tekanan dan asakan kepada pasukan SKBPJ namun gagal mendapatkan gol yang dicari-cari. Penentuan tempat ketiga SKPT menang dengan dengan SK Sabak Uni, Johor (3-0 menang percuma).

Keputusan semua perlawanan SKPT :

Peringkat Kumpulan :
SKPT 4 - 2 SK Seri Selangor (Selangor)
SKPT 2 - 1 SK Jalan Pegoh (Perak)
SKPT 1 - 1 SK Mahkota Sari (Perak)
Johan Group A : Mengumpul 7 Mata

Suku Akhir :
SKPT 1 - 0 SK Bukit Rahman Putra (Selangor)

Separuh Akhir :
SKPT 0 - 1 SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)

Penentuan 3/4 :
SKPT 3 - 0 SK Sabak Uni (Johor)
(Menang percuma)

Tahniah buat semua pemain Skuad B11 SK Padang Terap dan terima kasih buat semua jurulatih yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada para pemain. Terima kasih juga buat Paksu Norman, Presiden KN Kiara Football Club atas sokongan dan sumbangan kepada Skuad B11 SKPT.
Dan terima kasih buat semua guru-guru dan PIBG serta para waris yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan skud B11 SKPT.
Pencapai tempat KETIGA peringkat kebangsaan ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT.


1 comments:

Unknown 18 October 2018 at 23:27  

Tahniah.. skpt boleh ..💪💪

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP