Friday, 3 March 2017

Majlis Perasmian "Wall Of Champions" dan Perlantikan Roslinda Samsu Ikon Sukan SK Padang Terap.


Syukur Alhamdulillah pada pagi khamis 2 Mac 2017 pihak sekolah mengadakan satu majlis iaitu majlis Majlis perlantikan tetamu khas Roslinda Samsu sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap dan Perasmian “Wall Of Champions” SK Padang Terap.


Roslinda Samsu adalah bekas atlit lompat bergalah kebangsaan yang pernah mengharunkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Dilahirkan pada 9 Jun 1982, gadis berasal dari Kg. Padang Gelanggang, Padang Terap, Kedah ini sebenarnya memulakan kerjaya atlitnya sebagai pelari pecut 100 meter. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada tahun 1989 hingga 1994.  Beliau menyertai sukan lompat bergalah ketika menuntut di tingkatan empat Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) selepas berpindah dari Jitra ketika menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Tunku Anum, Jitra.

Roslinda Samsu adalah graduan Universiti Putra Malaysia berkelulusan dalam bidang Ijazah Pendidikan Jasmani. Kini Cikgu Roslinda Samsu adalah tenaga pengajar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang. Beliau menjadi jurulatih utama untuk acara lompat bergalah di sekolah sukan tersebut.

Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap berbesar hati melantik beliau sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap. Pihak sekolah sangat berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roslinda Samsu kerana sudi datang ke SK Padang Terap bagi berkongsi kejayaan dan memberi motivasi dan semangat buat atlit sekolah dan seluruh warga SK Padang Terap. 

Semoga kehadiran Cikgu Roslinda dapat memberi suntikan semangat kepada guru dan semua murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang yang kita ceburi khususnya bidang sukan.

Bergambar bersama barisan Pentadbir SKPT


Kontijen Olahraga SKPT sempat bergambar bersama Cikgu Roslinda

Roslinda Samsu bersama bekas gurunya ketika menuntut di SKP tahun 1989 - 1994


Bergambar bersama guru-guru SKPT

Read more...

Monday, 27 February 2017

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-41 Tahun 2017 SK Padang Terap


Kejohanan Balapan dan Padang SK Padang Terap Kali ke-41 Tahun 2017 telah diadakan pada hari Khamis 23 Februari 2017. Kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi dimulai dengan Program Senamrobik bersama MILO. 




Kejohanan Balapan dan Padang kali ini dirasmikan oleh En Anwar YDP PIBG SK Padang Terap. Rumah Kuning Muncul Johan Keseluruhan setelah mengumpul 13 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 7 Pingat Gangsa. Manakala Rumah Merah mengekori rapat muncul naib johan keseluruhan setelah mengumpul 12 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 10 Pingat Gangsa.


Mohamad Azfar bin Abdul Kadir telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKPT 2017, manakala Nur Fitriah dinobatkan sebagai Olahragawati SKPT 2017. Mohamad Syakir & Qaseh Damia masing dianugerahkan sebagai Olahragawan Harapan & Olahragawati Harapan.



Keputusan Keseluruhan :-
Johan Keseluruhan : Rumah Kuning
Naib Johan Keseluruhan : Rumah Merah
Johan Merentas Desa : Rumah Kuning
Johan Sukantara : Rumah Merah
Johan Perbarisan : Rumah Hijau
Naib Johan Perbarisan : Rumah Biru

Olahragawan : Mohamad Azfar Abdul Kadir
Olahragawati : Nur Fitriah
Olahragawan Harapan : Mohd Syakir Zaidi
Olahragawti Harapan : Qaseh Damia

Read more...

Tuesday, 14 February 2017

Watikah Perlantikan Pengawas PSS & Pelancaran Program Nilam & Isnin Hari Pembelajaran Abad ke-21


Watikah Perlantikan Pengawas PSS & Pelancaran Program Nilam & Isnin Hari Pembelajaran Abad ke-21 telah diadakan pada 12 Februari 2017.

Read more...

Thursday, 9 February 2017

Pasukan Ping Pong SKPT muncul Naib Johan Berpasukan & Ketiga Individu


Pasukan Ping Pong SKPT muncul Naib Johan Berpasukan & Ketiga Individu di Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan Ping MSSD pada tahun ini diadakan di SMK Pedu pada 6 & 7 Febuari 2017. Pasukan Ping Pong SKPT di bimbing oleh Ustaz Ahmad Sanusi dan Kelab Ping Pong SKPT.

Pasukan Ping Pong SK Padang Terap 2017 di wakili oleh :-
Muhammad Syarif Bin Che Hamdan 
Muhammad Auliya Afif Bin Ahmad Sukri 
Muhammad Akmal Haikal Bin Mohamad Fadzil 
Nur Ammar Aiman Bin Mohammad Zahir 

Muhammad Auliya Afif Bin Ahmad Sukri telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Lelaki B12 Individu. 



Read more...

Monday, 6 February 2017

Mohd Nabil Shahabudin menduduki tempat ke-8 Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2017



Mohd Nabil Shahabudin dari tahun 6 Setia mendapat tempat ke-8 kategori lelaki bawah 12 tahun di Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan Merentas Desakali ini diadakan di SMK Padang Terap pada 6 Februari 2017. 


Read more...

Pelancaran Kempen Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017


Pelancaran Kempen Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017 telah diadakan pada 5 Februari 2017 (Ahad). Turut hadir pada program ini adalah Wakil PDRM Sarjan Khairudin dan Pegawai PPD En. Moh Tajudin.



Read more...

Thursday, 2 February 2017

Klinik Bola Sepak B12 Program Pembangunan Bola Sepak PPD Padang Terap


Klinik Bola Sepak Bawah 12 Fasa 1, Program Pembangunan Bola Sepak PPD Padang Terap telah diadakan pada 30 & 31 Januari 2017 bertempat di SK Padang Terap. 30 orang murid terlibat dari 4 buah sekolah iaitu SK Padang Terap, SK Padang Sanai, SK Kuala Nerang & SK Tunku Abdul Rahman Putra.

Program ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap dan PPD Padang Terap dengan kejasama SK Padang Terap. Program Klinik Bola Sepak ini dikendalikan oleh Coach Fuad (SKKB), Coach Zool Helmey (SKTB) & Coach Azizul (SKPS).




Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP