Monday, 22 May 2017

Kem Ujian Rambu dan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Daerah Padang Terap


Kem Ujian Rambu dan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Daerah Padang Terap telah diadakan pada :-
Tarikh : 11 - 13 Mei 2017
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Pusat Ko Kurikulum Daerah Padang Terap.

Tahniah dan terima kasih buat semua murid yang terlibat serta guru-guru pengakap SKPT.



 

Read more...

Sunday, 21 May 2017

Pasukan Bola Jaring SKPT berjaya melangkah ke Suku Akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2017.


Pasukan Bola Jaring SKPT berjaya melangkah ke Suku Akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan tahun ini diadakan pada 2 & 3 Mei 2017 bertempat di SMK Naka.



Read more...

Friday, 28 April 2017

Amer Nazif bin Azizi muncul Johan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Amer Nazif bin Azizi kerana telah muncul Johan Boling Tenpin bawah 12 Lelaki di Kejohanan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017. Bagi Kategori Double Lelaki B12 Amer Nazif dan Muhammad Arif mendapat tempat Keempat.  
Kejohanan tahun ini diadakan pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Aman Central Alor Setar Kedah Darul Aman. Tahniah dan terima kasih buat pengurusan pasukan Boling SKPT 2017 serta pihak  keluarga murid yang turut memberi sokongan.



Read more...

Nur Aina Kharuzaman mendapat tempat ketiga Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Nur Aina Kharuzaman telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori perempuan bawah 12 tahun di Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan peringkat daerah tahun 2017 telah diadakan pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di SMA Daril Iktisam.
Tahniah dan terima kasih kepada Jurulatih Catur En. Hazlin dan pihak pengurusan pasukan catur 2017.

Senarai Murid yang terlibat dalam Pertandingan Catur MSSD 2017
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias

Read more...

Program Ceramah Motivasi Tahun 6 bersama pelajar Cemerlang SPM SMKDSA 2017

Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada

Read more...

Wednesday, 19 April 2017

Cikgu Wan Zamri Kembali Ke Rahmatullah



Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Wan Zamri bin Zainol Abidin, Guru Sekolah Kebangsaan Padang Terap, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Rabu, 19 April 2017 bersamaan 22 Rejab 1438H jam 5.00 pagi di Hospital Kuala Nerang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 
Al-Fatihah.

Read more...

Saturday, 8 April 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017 telah diadakan pada 8 April 2017 bertempat di SK Panglima Awang.

Akmal Haikal telah berjaya merangkul tempat kedua bagi Tilawah Al-Quran Lelaki & Nur Anisa bt Ahmad Sanusi berjaya mendapat tempat ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan. Tahniah buat semua murid & guru yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) Peringkat Daerah Padang Terap 2017.



Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP