Saturday, 2 December 2017

Pencapaian UPSR SKPT 2017

Seramai 75 calon memduduki peperiksaan UPSR Tahun 2017.  Seramai 55 calon lulus semua mata pelajaran.
Pencapaian 6A = 1 Orang
Pencapaian 5A 1B = 2 Orang
Pencapaian 4A 2B = 4 Orang
Pencapaian 4A 1B 1C.= 2 Orang

Keputusan UPSR SKPT 2017 :
Gred Purata Sekolah (GPS) = 2.68
Peratus Lulus = 73.33% (55 Calon)

Setiap Mata Pelajaran :-
B.M Pemahaman : Peratus = 97.33%
B.M Penulisan : Peratus = 97.33%
B.I Pemahaman : Peratus = 85.0%
B.I Penulisan : Peratus =76.0%
Matematik : Peratus = 88.0%,
Sains : Peratus = 98.67%

Read more...

Monday, 27 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017


Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.

Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.

Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, Ketua Unit Sukan JPN Kedah & Timbalan PPD Padang Terap yang bersama-sama hadir memeriahkan program.

Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise (Pengusaha Kantin SKPT).







YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Alhamdulillah...Selepas YB Dato' Seri melalui dan melihat sendiri keadaan padang yang becak serta dipenihi takungan air, beliau meluluskan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih padang agar dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Guru Besar & PK Koku sempat bergambar bersama YB Menteri Pendidikan dalam padang yang becak berselut dikala hujan renyai-renyai yang turun sepanjang hari seolah-olah renjisan air mawar merestui kedatangan YB Menteri Pendidikan ke SK Padang Terap di petang yang amat bertuah ini.

Read more...

Tuesday, 14 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017

Tarikh : 26 NOVEMBER 2017 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi - 7.00 ptg
Tempat : Padang SK Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah

Majlis Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah : Pukul 6.20 petang.
Pendaftaran : RM250

Kejohanan ini di kelolakan oleh Akademi Bola Sepak SKPT, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akademi B12 Padang Terap.

Hadiah : -
Johan = Piala Iringan, Wang Tunai RM2500, Medal & Sijil Penyertaan.
Naib Johan = Wang Tunai RM1000, Medal & Sijil Penyertaan.
Ketiga / Keempat = Wang Tunai RM500, Medal & Sijil Penyertaan.
Saguhati (Ke-5 - ke-8) = Medal & Sijil Penyertaan.

Semua pasukan yang berdaftar akan diberi Sijil Penyertaan.


Pendaftaran hubungi :-
013-5336302 (Faisal)
019-5005715 (Fuad)
019-5944675 (P. Su Norman)

Pembayaran duit pendaftaran :-
MAYBANK : 1620 7656 5882
NAMA : MOHAMED FAISAL BIN ABDULLAH

Tarikh Tutup Pendaftaran : 17 Nov 2017
Sijil Penyertaan untuk semua pemain yang mendaftarkan diri

Untuk Muat turun Borang Pendaftaran & Syarat dan Peraturan Pertandingan sila klik di bawah :-

Read more...

Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2017

Seramai 6 orang ahli pengakap SK Padang Terap telah dianugerahkan Rambu Pengakap di Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2017 yang diadakan pada 8 November 2017 bertempat di Dewan Al-Farabhi, BTPN Kedah.

Nama Ahli Pengakap SKPT yang menerima Anugerah Rambu Pengakap :-
1. Muhammad Akmal bin Shukri
2. Muhd Ariff bin Azhar
3. Muhd Afif bin Ramlee
4. Nur Ammar Aiman bin Mohd Zahir
5. Nur Alya Batrisya bt Annuar
6. Nur Insyirah bt Mohd Naser

Guru Terlibat :-
Puan Suzana binti Abdul Hamid
Puan Russtiah bt Abdul Kadir




Read more...

Tuesday, 31 October 2017

Program Minggu Kaunseling dan Kerjaya SKPT 2017


Program Minggu Kaunseling dan Kerjaya SK Padang Terap 2017 telah diadakan pada 23 hingga 26 Oktober 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPT.

Perjalanan Program Minggu Kaunseling & Kerjaya (23 - 26 Oktober 2017)

Isnin (23 Okt 2017) : 
9.00-11.00 am - Ceramah serta demonstrasi kebakaran & pertolongan cemas kepada semua warga SKPT oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Padang Terap

11.30-1.00 tgh (23 Okt 2017) - Ceramah 'Persediaan Ke Sek Men' kepada murid-murid tahun 6 oleh En Mohd Zaki b Ali, Kaunselor Pelajar SM Sains Pokok Sena.

Selasa (24 Okt 2017) :
9.00-10.30am - ceramah kpd semua murid t6 oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Padang Terap. Pihak AADK turun membuka booth pameran di dewan utk dikunjungi oleh semua warga SKPT

Khamis (26 Okt 2017) :
9.30am-12.00tgh : Ceramah kepada semua murid tahun 4 - tahun 6 oleh Jabatan Penjara Malaysia Pokok Sena.




Read more...

Monday, 16 October 2017

Hari Sukan Negara Peringakat SK Padang Terap 2017

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara Peringkat SK Padang Terap telah di adakan pada hari sabtu 14 Oktober 2017. Pelancaran disempurnakan oleh tuan Guru Besar SKPT En. Mohamad Rosli bin Abdul Rahman. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Acara sukaneka bagi tahap 1 & Pertandingan "Fitness Challenge" bagi tahap 2.

 

 



Read more...

Friday, 13 October 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 SKPT

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 SK Padang Terap telah diadakan pada Khamis12 Oktober 2017. Majlis di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, iaitu Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar. Yang Berbahagia Dato' juga merupakan bekas murid di SK Padang Terap dan Ayahanda beliau (Haji Saad) juga pernah berkhidmat di SK Padang Terap sebagai Guru Besar sebanyak 2 kali, iaitu kali pertama pada 1 Jan 1954 - 31 Dis 1956, dan kali kedua pada 1 April 1972 - 22 Januari 1973.

Pihak Sekolah berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia Dato' hadir bagi meluangkan masa bersama para guru, waris dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Pihak Sekolah dan PIBG merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. 



Persembahan Selingan Teletune menarik oleh murid Tahun 6 & Nyanyian oleh murid Tahun 5 Setia yang dibimbing oleh Teacher Norlida.

Senarai penerima Anugerah utama :-
Tokoh Murid : Nur Alya Batrisya bt Annuar
Tokoh Kokurikulum (L) : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir
Tokoh Kokurikulum (P) : Nur Aina bt Kharuzaman

Untuk melihat koleksi Gambar-gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2018, Sila klik ke

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP