Monday, 9 October 2017
Saturday, 7 October 2017
Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017 - 12 Oktober 2017 (Khamis)
Labels:
Majlis Anugerah Cemerlang
Saturday, 30 September 2017
SKPT Johan Bola Sepak & Bola Jaring di Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017
SK Padang Terap muncul Johan Keseluruhan Karnival Sukan Tahun 6 setelah muncul Johan Bola Sepak & Bola Jaring di Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017. Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Karnival Tahun 6 ini buat julung kali diadakan pada peringkat daerah, yang diadakan pada 27 & 29 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
Pasukan Bola Sepak SKPT berjaya menundukan SK Naka pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0. Manakala Pasukan Bola Jaring berjaya menewaskan SK Tualak dengan jaringan 6-5 pada perlawanan akhir.
Tahniah dan terima kasih kepada para jurulatih dan semua yang terlibat dalam Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017.
KEPUTUSAN BOLA SEPAK
Kumpulan A
SKPT 1 - 0 SKTARP
SKPT 7 - 0 SK KBG PALAS
SKPT 1- 0 SKKB
* SKPT Muncul Johan Kumpulan A (9 Mata)
Separuh Akhir
SKPT 1 - 0 SK K.NERANG
Akhir
SKPT 1- 0 SK NAKA
KEPUTUSAN BOLA JARING
Kumpulan A
SKPT 6 - 1 SKKN
SKPT 5 - 1 SKKTARP
SKPT 7 - 0 SK NAMI
* SKPT Muncul Johan Kumpulan A (9 Mata)
Separuh Akhir
SKPT 5 - 2 SK NAKA
Akhir
SKPT 6 - 5 SK TUALAK
Labels:
Bola Jaring,
Bola Sepak
Tuesday, 26 September 2017
Pasukan Bola Sepak SKPT (KN Kiara) berjaya mendapatkan tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak Terbuka B10
Pasukan KN KIARA (SK Padang Terap) telah berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak BAwah 10 Piala YDP PIBG SK Sultan Ahmad Tajuddin. Kejohanan berlansung di SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra Kedah pada SAbtu 23 September 2017 lalu.
Kejohanan Bola Sepak ini adalah Kejohanan Sulong yang disertai oleh Pasukan B10 SKPT dan merupakan pendedahan pertama kepada pemain untuk bermain di luar. Syukur Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak SKPT (KN KIARA) mampu bersaing dan berjaya menewaskan beberapa pasukan dan kelab handalan B10 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pasukan-pasukan Akademi Tunas (AT) dari Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Tahniah kepada pemain dan barisan jurulatih, serta terima kasih kepada Paksu Norman & KN Kiara atas sumbangan yang diberikan serta terima kasih juga buat para guru dan waris yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik.
Bergambar bersama Pasukan AT Kinta Jr (A) sebelum perlawanan suku akhir
KEPUTUSAN PERLAWANAN
Peringkat Kumpulan D
KN KIARA 1 - 1 Fighters B (AT Kangar)
KN KIARA 1 - 0 SKD Wan Kemara
KN KIARA 2 - 1 Kenari Kids Jitra B
* Muncul Johan Kumpulan D (7 Mata)
Pusingan Ke-2
KN KIARA 1 - 0 Kancil FC (B)
Suku Akhir
KN KIARA 0 - 0 Akademi Tunas Kinta Jr (A)
Menang Penalti 3 - 1
Separuh Akhir
KN KIARA 0 - 1 Junior Mutiara FC
Senarai Pasukan yang bertanding pada kejohanan ini -:
1. Akmal Rizal Jr A
2. Akmal Rizal Jr B
3. NJFC A
4. NJFC B
5. Kancil FC A
6. Kancil FC B
7. Kota Setar Junior A
8. Kota Setar Junior B
9. Akademi Tunas Kinta Utara A
10. Akademi Tunas Kinta Utara B
11. The Fighters A (AT Perlis)
12. The Fighters B (AT Perlis)
13. Kenari Kids Jitra A
14. Kenari Kids Jitra B
15. SK Felda Teloi Timur
16. Puteri Jaya Kids Soccer
17. Iskandar FC
18. Iskandar Muda
19. KN KIARA
20. SK Dato Wan Kemara
21. Junior Mutiara FC
22. Kangar Alpha
23. Kangar Beta
24. Kola Kid FC
25. SK Jitra 3
26. Bergema FC
27. TLJ FC
Read more...
Labels:
Akademi Bola Sepak,
Bola Sepak
Tuesday, 12 September 2017
Majlis Sanjungan Budi & Lambaian kasih Persaraan Cikgu Sharipah
Majlis Sanjungan Budi & Lambaian Kasih Persaraan Puan Sharipah bt Awang Teh telah diadakan pada Khamis 7 September 2017. Puan Sharipah berkhidmat di SK Padang Terap selama 21 tahun, mulai 2 Mei 1996 hingga 10 September 2017.
Puan Sharipah adalah seorang guru prasekolah yang sangat komited dalam tugas serta sangat peramah dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga sangat aktif dalam kokurikulum, dimana beliau juga adalah salah seorang jurulatih bagi pasukan bola jaring sekolah dan pasukan bola baling.
Selamat bersara buat Cikgu Sharipah.. Jasa dan pengorbananmu tetap disanjungi.
Read more...
Labels:
Majlis Persaraan
Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017
Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017 di adakan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017 lalu.
Labels:
Merdeka
Subscribe to:
Posts (Atom)


























